Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim bantu daya tarikan pelancong guna huraian digital, tingkat kecekapan

Nov 07, 2023 | 07:03 PM



Pengendali lebih 60 daya tarikan pelancong di Singapura boleh mendapatkan bantuan untuk menggunakan huraian digital di bawah skim pemerintah baru yang ditujukan khusus kepada syarikat kecil dan sederhana (SME).

Pelan Digital Industri Pelancongan (IDP), yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), telah dilancarkan pada Selasa di iFly Singapore, pengendali terjun udara tertutup.

IDP, yang terletak di bawah program SME Go Digital, menawarkan perkhidmatan perundingan digital dan pengurusan projek percuma.

Ia juga menyediakan peta jalan huraian digital teliti yang menggariskan inisiatif pendigitalan utama untuk pengendali daya tarikan.

Ini termasuk kios tiket layan diri, yang meningkatkan pengalaman pelanggan dengan mengurangkan masa menunggu serta mengurangkan keperluan tenaga kerja.

IDP memberi tumpuan kepada tiga bidang: perkhidmatan pelanggan dan penglibatan; jualan dan pemasaran; dan kemampanan.

Pengenalan IDP tepat pada masanya kerana sektor pelancongan Singapura terus pulih daripada sekatan pelancongan gara-gara pandemik Covid-19, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, semasa pelancaran pada Selasa.

“IDP sebenarnya disesuaikan supaya memenuhi pelbagai keperluan SME pada peringkat kematangan digital yang berbeza,” kata Encik Tan.

Lebih 20 IDP khusus sektor telah dilancarkan, dan lebih 90,000 perniagaan telah disokong oleh inisiatif SMEs Go Digital sejak 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif iFly, Encik Lawrence Koh, memberitahu The Business Times bahawa penggunaan huraian digital untuk meningkatkan kemampanan bukan sahaja akan mengurangkan pelepasan karbon, malah boleh turut menjimatkan kos.


Memandangkan kebanyakan kemudahannya, yang seluas 32,000 kaki persegi, berhawa dingin, syarikat itu membelanjakan kira-kira $40,000 hingga $50,000 sebulan untuk utiliti bagi penyaman udara.

Dengan bantuan IDP, iFly sedang mencuba penggunaan perisian yang melaraskan suhu penghawa dingin kawasan tertentu secara dinamik, berdasarkan bilangan orang yang hadir di ruang itu.

“Kami boleh mencapai penjimatan tenaga yang ketara jika kami menjalankan penyaman udara pada suhu yang lebih tinggi di kawasan yang kurangnya pengunjung,” kata Encik Koh.

iFly menyasarkan pengurangan 20 peratus dalam bil elektrik bulanan daripada penggunaan penyaman udara, yang akan menghasilkan lebih daripada $100,000 dalam penjimatan kos tahunan.

Pengendali juga telah melaksanakan kios tiket layan diri dengan ciri pengecaman muka untuk mengautomatikkan proses daftar masuk pelawat.

Apabila ditanya mengapa SME perlu memberi tumpuan kepada usaha kemampanan di tengah-tengah peningkatan kos perniagaan dan kekurangan tenaga kerja, Encik Tan berkata peristiwa ini tidak “saling eksklusif”.

“Banyak SME memberitahu kami bahawa penggunaan huraian digital membantu mereka menjimatkan kos,” katanya.

Sebagai contoh, dengan mengoptimumkan penggunaan elektrik mereka, SME seperti iFly dapat mengurangkan kedua-dua kos perniagaan dan jejak karbon, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >