Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hotel baru di Changi Village dibina daripada bas lama kini dibuka

Nov 06, 2023 | 05:26 PM



Sebuah hotel peranginan dengan bilik yang diperbuat daripada bas awam lama, kini dibuka untuk tempahan.

Orang ramai boleh menginap di kemudahan baru dan menarik itu mulai 1 Disember ini.

Hotel bergelar The Bus Collective yang menawarkan daya tarikan kedesaan dan pengalaman menyeronokkan itu mempunyai bilik yang diperbuat daripada 20 bas awam Scania yang telah tamat perkhidmatannya. Sebelum ini, bas itu dikendalikan SBS Transit.

Kesemua bas itu telah dikitar dan digunakan semula sebagai suite mewah, dan terletak di plot hartanah seluas 8,600 meter persegi, di sebelah Pusat Penjaja Changi Village yang popular.

Bahagian asal bas, termasuk tingkap, tempat duduk pemandu dan stereng, dikekalkan sebagai ciri menarik bilik itu.

Tempahan dibuka pada 1 November, dengan harga penginapan bermula dari $398 setiap malam bagi bilik untuk tiga orang, yang mempunyai katil bersaiz king, katil sofa dan tab mandi.

Bilik jenis lain yang ditawarkan termasuklah bilik dengan katil dua tingkat dan bilik dengan tandas khas di luar bilik, yang mudah diakses oleh individu berkerusi roda.

Kesemua bilik hotel itu berkeluasan 45 meter persegi.

Projek itu merupakan usaha pertama dalam perniagaan hotel oleh agensi pelancongan WTS Travel, yang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA).

Pengarah Urusan WTS Travel, Encik Micker Sia, berkata The Bus Collective merupakan hotel peranginan pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan bas lama yang diguna semula.

Bercakap kepada media pada majlis pembukaan besar-besaran hotel peranginan itu pada Ahad, Encik Sia berkata idea itu tercetus pada 2021 semasa pandemik Covid-19.

Beliau, yang telah menceburi industri pelancongan selama lebih 34 tahun, berkata pernah memikirkan mengenai bas awam yang disekerap.

“Basnya masih dalam keadaan baik, jadi mengapa kita perlu sekerap (bas itu)? Mengapa kita buang benda yang boleh dikitar semula?” kata beliau.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang merasmikan pembukaan hotel peranginan itu berkata Encik Sia telah mengusulkan idea itu kepadanya dan perbincangan kemudian menyentuh soal bagaimana pelancongan, alam semula jadi dan usaha melindungi alam sekitar dapat disatukan (untuk manfaat masyarakat).

Dr Maliki, yang juga Anggota Parlimen GRC East Coast, menggelar The Bus Collective sebagai “permata terbaru” di East Coast dan berkata ia sejajar dengan tonggak Pelan East Coast untuk menjadikan kawasan Changi Village lebih hijau dan bertenaga.

The Bus Collective menggalak tetamu untuk menempah sesi lawatan dan penerokaan yang menawarkan lawatan sejarah dan alam semula jadi, termasuk meneroka Pulau Ubin dengan berbasikal dan Pantai Changi dengan menaiki beca.

Pengalaman lain yang ditawarkan termasuk lawatan berbasikal dan kegiatan membeli-belah di Jewel Lapangan Terbang Changi, serta kegiatan di Kelab Kapal Layar Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >