Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SLA patuhi proses dan tuntutan sewa 26, 31 Ridout Road

Jul 03, 2023 | 07:07 PM



Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah mematuhi proses dalaman, garis panduan dan tuntutan dalam menyewakan hartanah di 26 dan 31 Ridout Road dengan kededuanya disewa pada nilai pasaran dan ditentukan oleh penaksir bebas yang tidak tahu identiti bakal penyewa, kata Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong. 

Bercakap di Parlimen, Encik Tong berkata bahawa urus niaga kededua hartanah itu dilakukan atas dasar komersial yang berpatutan sambil menarik perhatian bahawa jabatan taksiran SLA tidak tahu bahawa bakal penyewa bagi 26 Ridout Road merupakan Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam.

Menurut beliau lagi, terma penyewaan bagi kededua hartanah itu adalah standard dan tidak berbeza daripada proses biasa.

Isteri Encik Shanmugam menandatangani tempoh sewa tiga tahun bagi 26 Ridout Road pada 2018, manakala isteri Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, menandatangani tempoh sewa tiga tahun bagi banglo di 31 Ridout Road pada 2019, dengan pilihan untuk melanjutkan tempoh sewa mereka.

“Syarat bagi kededua perjanjian penyewaan adalah standard dan tidak mengandungi sebarang klausa yang luar biasa... ia tidak berlainan daripada sebarang proses yang lazim.

“Penaksir khusus yang menguruskan permohonan taksiran bagi banglo 26 Ridout Road tidak tahu siapa penyewa yang berpotensi itu,” ujar Encik Tong.  

Encik Tong juga menjelaskan bahawa SLA kini sedang meneliti kebolehlaksanaan tempoh sewa lebih lama, 30 tahun hingga 60 tahun bagi seluruh estet banglo hitam putih.

Ini bagi membolehkan pemaju privet menjadi pemegang sewa utama dan menyegarkan semula seluruh estet serta meraih manfaat daripada tempoh sewa lebih lama.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), Encik Tong berkata bahawa tidak ada tuntutan untuk semua hartanah perumahan negara yang boleh disewa untuk disenaraikan dalam portal Maklumat Hartanah Negara Dalam Talian (SPIO) semasa tempoh relevan 2018 dan 2019.

Sebaliknya, SLA dan ejen pengurusannya boleh memutuskan cara terbaik untuk memasarkan hartanah itu untuk memaksimumkan penghunian termasuk sama ada untuk menyenaraikan hartanah yang diuruskan dalam portal itu.

Kata Encik Tong, pada 2007, pihak berkuasa telah menuntut agar proses bidaan terbuka diadakan ekoran permintaan tinggi, yang meliputi penyenaraian semua hartanah perumahan yang diuruskan oleh ejen pemasaran.

Sedang pasaran menjadi lebih lemah, pihak penguasa mengubah suai dasarnya untuk membolehkan penyewaan secara langsung bagi estet tertentu khususnya mereka yang mempunyai kadar penghunian di bawah 80 peratus

Encik Tong berkata SLA dan ejen pengurusan akan mengelak penyenaraian semua hartanah yang kosong di dalam talian apabila keadaan pasaran lemah atau kadar penghunian di estet tertentu adalah rendah.

Kadar penghunian di estet Ridout Road, pada Januari 2018 berada pada 71 peratus.

“Menyenaraikan semua hartanah akan menyebabkan mereka dalam bersaing secara terang-terangan untuk permintaan yang terbatas.


“Ini boleh menimbulkan risiko menyebabkan harga merosot, menjejas hasil untuk pemilik tanah,” tambahnya.


DTZ Facilities & Engineering (S) telah menguruskan kededua hartanah sehingga 31 Mac 2018, disusuli oleh Colliers International Consultancy & Valuation (Singapore) mulai 1 April pada tahun itu.

Bagi 26 Ridout Road, ejen pengurusan telah memasarkan hartanah itu menerusi kaedah yang biasa seperti memanfaatkan ejen privet, mengiklankan di media sosial dan meletakkan papan tanda “Untuk Disewa”, terang Encik Tong. Bagi 31 Ridout Road pula, ejen pengurusan memilih untuk menyenaraikan hartanah itu di portal SPIO.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >