Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Tharman ada pengalaman luas di peringkat negara, sejagat: PM Lee

Jun 08, 2023 | 07:00 PM



Kedudukan dan pengalaman luas Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, di peringkat antarabangsa, pemerintah dan politik akar umbi akan meletakkan beliau dalam kedudukan baik untuk mewakili Singapura di dalam dan luar negara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dalam satu surat sebagai membalas surat Encik Tharman yang mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang, Encik Lee berkata Encik Tharman juga mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem kewangan dan pemerintahan negara ini dan bagaimana rizab negara dilindungi melalui pelbagai peranannya dalam bidang kewangan.

“Di peringkat antarabangsa, anda mengibarkan bendera Singapura setinggi-tingginya dan mendapat penghormatan sebagai pemimpin pemikir, terutamanya dalam bidang sosial dan ekonomi.

“Anda mengetuai dan berkhidmat di beberapa panel, termasuk di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), G20, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), G30 dan Forum Ekonomi Dunia. Sumbangan anda telah memberi Singapura suara di pentas global untuk membentuk perbincangan dan membuat cadangan penting untuk memperbaharui struktur dan dasar ekonomi dan kewangan antarabangsa,” tulis Encik Lee.

Dalam pemerintahan, sebagai Menteri Pendidikan, Encik Lee berkata Encik Tharman telah memainkan peranan penting dalam memperkenalkan pembaharuan besar untuk mentakrif semula dan meluaskan sistem meritokrasi di negara ini selain membuka laluan lebih pelbagai buat golongan muda mengembangkan kebolehan mereka sepenuhnya.

Sebagai Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sejak 2011 pula, Encik Tharman telah mempromosi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan selain membantu menguruskan rizab Singapura di Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC).

“Semasa Covid-19, apabila mata pencarian terancam, anda mempengerusikan Majlis Pekerjaan Nasional yang menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran buat warga Singapura. Anda juga menyelia peningkatan pendapatan pekerja bergaji rendah melalui Model Gaji Progresif, dan peningkatan kepada kedudukan pekerja sosial dan keupayaan Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) kita.

“Anda telah melakukan banyak perkara untuk menggalak pertumbuhan dan daya tahan ekonomi Singapura, dan untuk menguruskan kewangan negara kita secara berhemat,” tambah Encik Lee.

Di peringkat akar umbi, Encik Tharman, sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, pula terlibat aktif dengan penduduk dan secara aktif berusaha memperbaiki kehidupan dan sekitaran hidup mereka.

“Keluarnya anda daripada Kabinet dan parti (Parti Tindakan Rakyat) akan menjadi satu kehilangan besar kepada saya dan pasukan saya. Kami akan merindui kepimpinan anda, pandangan bernas, dan nasihat bijak anda.

“Tetapi saya faham mengapa anda telah memutuskan untuk membuat langkah ini dan bertanding jawatan Presiden. Ia adalah selaras dengan semangat perkhidmatan awam dan rasa tanggungjawab yang telah anda tunjukkan selama ini,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >