Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Tharman lahir hasrat tanding dalam Pilihan Raya Presiden

Beliau juga umum rancangan letak jawatan dari pemerintah dan parti pada 7 Julai
Jun 08, 2023 | 02:37 PM



Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, telah menyuarakan hasrat untuk tampil sebagai calon dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Ini menjadikannya bakal calon pertama untuk mengumumkan hasratnya bertanding dalam pilihan raya itu sejauh ini.

Encik Tharman, 66 tahun, memaklumkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu surat pada Khamis.

Dalam surat tersebut, Encik Tharman berkata beliau akan bersara daripada politik dan semua jawatannya dalam pemerintah.

Beliau juga memberitahu Encik Lee beliau ingin meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan mengundur diri daripada jawatan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial pada 7 Julai.

Ini bagi memastikan beliau dapat memenuhi komitmen rasminya di dalam dan luar negara selain memastikan persediaan bagi penduduk di GRC Jurong.

Ketika ditemui media di Kelab Masyarakat Taman Jurong pada Khamis, Encik Tharman yang juga Anggota Parlimen bagi GRC Jurong sejak 2001 berkata beliau telah mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkannya sebelum membuat keputusan untuk bertanding.

Akur dirinya amat selesa memainkan peranan sebagai penggubal dasar, beliau bagaimanapun menarik perhatian kepada era berbeza, sekitaran tidak menentu dan pelbagai cabaran yang akan dihadapi dunia pada masa akan datang.

Oleh itu, Singapura harus kekal bersatu dan Ketua Negara antara lain boleh memainkan peranan sebagai tokoh yang menyatukan masyarakat berbilang bangsa Singapura.

Ketua negara juga harus memainkan peranan menonjolkan kepentingan dan pandangan Singapura di persada dunia.

“Selain Perdana Menteri dan menteri lain, Ketua Negara juga boleh memainkan peranan itu.

“Dengan pengalaman saya dalam peranan lain sebelum ini dan peranan saya sekarang di peringkat antarabangsa, saya juga jangka akan terus aktif memainkan peranan itu jika saya dipilih menjadi Presiden,” ujar Encik Tharman yang turut berpengalaman berbakti dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Kumpulan 20 (G20), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kumpulan 30 (G30) dan Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Enggan membuat jangkaan tentang peluangnya dalam pilihan raya tersebut, beliau berkata beliau tampil kerana mahu berbakti yang terbaik mungkin kepada warga Singapura dalam peranan yang berbeza, dengan pengalamannya dalam ekonomi, kewangan dan ehwal antarabangsa.

Tambahnya, beliau rasa masanya tepat sekarang untuk beliau berkhidmat dalam peranannya sebagai Presiden jika dipilih kelak.

Encik Tharman juga akan mengundur diri daripada jawatan lain termasuk sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS), timbalan pengerusi firma pelaburan Singapura, GIC serta pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Dalam responsnya kepada surat Encik Tharman, Encik Lee berkata beliau memahami keputusannya untuk tampil bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang dan mengucapkan terima kasih di atas khidmatnya yang cemerlang kepada Singapura.

“Ini sejajar dengan semangat perkhidmatan awam dan rasa tanggungjawab yang telah anda (Encik Tharman) pamerkan selama ini,” ujarnya.

Pengumuman Encik Tharman itu menyusuli pengumuman Presiden Halimah Yacob, 68 tahun, yang berkata beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Pilihan Raya Presiden perlu diadakan sebelum penggal enam tahun Puan Halimah berakhir pada 13 September.

Encik Tharman memenuhi syarat kelayakan bagi calon sektor awam yang memerlukan calon memegang jawatan selama sekurang-kurangnya tiga tahun antara lain sebagai menteri, ketua hakim negara, Speaker Parlimen, peguam negara atau setiausaha tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >