Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Surat PM Lee kepada SM Tharman

SM Tharman beri sumbangan besar kepada warga, negara; turut dihormati di peringkat sejagat: PM Lee

Jun 08, 2023 | 06:12 PM



Terima kasih atas surat anda yang memaklumkan saya tentang hasrat anda mahu meletak jawatan sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial serta meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP), untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang.

Anda dan saya telah bekerja rapat dalam banyak peranan selama tempoh 27 tahun lalu. Kerjasama pertama kita adalah pada 1996 apabila saya menyelia pengenalan Pendidikan Nasional (NE) di sekolah sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan anda berkhidmat di Kementerian Pendidikan dalam Jawatankuasa Pendidikan Nasional membangunkan dasar untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan memupuk sikap, nilai dan naluri bersama dalam kalangan warga Singapura. Bagi pelancaran rasmi Pendidikan Nasional pada Mei 1997, anda telah membantu merangka ucapan saya.

Kemudian, di Penguasa Kewangan Singapura (MAS), sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengarah Urusan, kita berusaha memikirkan dan melaksanakan pembaharuan dan pembebasan utama sektor kewangan kita. Selepas itu anda menjadi Pengarah Urusan MAS, tanggungjawab yang anda laksanakan dengan cemerlang.

Anda memasuki politik pada 2001. Selama lebih dua dekad, anda telah memegang jawatan penting dalam Kabinet, termasuk Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial. Baru-baru ini, sebagai Menteri Kanan, anda telah membantu saya untuk membimbing dan melatih generasi menteri akan datang.

Dalam semua peranan ini, anda bekerja keras untuk membina masyarakat yang lebih inklusif, dan untuk meningkatkan gaji serta mewujudkan pekerjaan lebih baik buat rakyat Singapura. Anda membuat sumbangan besar untuk mengukuhkan tangga mobiliti sosial kita, serta apa yang anda panggil sebagai ‘trampolin’ keselamatan sosial kita.

Sebagai Menteri Pendidikan, anda memperkenalkan pembaharuan besar untuk mentakrifkan semula dan meluaskan sistem meritokrasi kita, dan membuka laluan lebih pelbagai buat golongan muda mengembangkan kebolehan mereka sepenuhnya. Anda juga menyelia pelaburan kita dalam KidSTART dan pengembangan serta peningkatan pendidikan prasekolah.

Anda mengetuai inisiatif SkillsFuture untuk menggalak pembelajaran sepanjang hayat, dan usaha untuk mengubah industri dan pekerjaan melalui majlis tiga pihak bagi Kemahiran, Inovasi dan Produktiviti.

Semasa Covid-19, apabila mata pencarian terancam, anda mempengerusikan Majlis Pekerjaan Nasional yang menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran buat warga Singapura. Anda juga menyelia peningkatan pendapatan pekerja bergaji rendah melalui Model Gaji Progresif, dan peningkatan kepada kedudukan pekerja sosial dan keupayaan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) kita.

Anda telah melakukan banyak perkara untuk menggalak pertumbuhan dan daya tahan ekonomi Singapura, dan untuk menguruskan kewangan negara kita secara berhemat. Anda membentangkan lapan Belanjawan sebagai Menteri Kewangan, termasuk melalui Krisis Kewangan Global 2008-2009, dan mempengerusikan Jawatankuasa Strategi Ekonomi yang membawa kepada pengetatan akses kepada buruh asing dan penstrukturan semula ekonomi secara berperingkat berikutan krisis itu.

Sebagai Pengerusi MAS sejak 2011, anda mempromosi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan. Anda juga membantu menguruskan rizab Singapura di Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), pertama sebagai anggota pengarah lembaga, kemudian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Strategi Pelaburan, dan kemudian sebagai Timbalan Pengerusi GIC.

Mempengerusikan Majlis Penasihat Antarabangsa Lembaga Pembangunan Ekonomi, anda memberi nasihat strategik tentang hala tuju ekonomi negara kita.

Di peringkat antarabangsa, anda mengibarkan bendera Singapura setinggi-tingginya dan mendapat penghormatan sebagai pemimpin pemikir, terutamanya dalam bidang sosial dan ekonomi. Anda mengetuai dan berkhidmat di beberapa panel, termasuk di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), G20, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), G30 dan Forum Ekonomi Dunia.

Sumbangan anda telah memberi Singapura suara di pentas sejagat untuk membentuk perbincangan dan mengemukakan cadangan penting untuk memperbaharui struktur dan dasar ekonomi dan kewangan antarabangsa.

Sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, anda berkhidmat kepada penduduk anda dengan penuh dedikasi. Anda telah terlibat rapat dengan penduduk, mendengar dengan sabar kebimbangan mereka, dan secara aktif berusaha memperbaiki kehidupan dan sekitaran hidup mereka. Melalui khidmat anda, GRC Jurong telah membangun menjadi bandar yang indah dan padu, dengan kemudahan dipertingkat dan pelbagai program masyarakat yang menghimpunkan penduduk daripada semua lapisan masyarakat.

Keluarnya anda daripada Kabinet dan parti (PAP) akan menjadi satu kehilangan besar kepada saya dan pasukan saya. Kami akan merindui kepimpinan anda, pandangan bernas, dan nasihat bijak anda. Tetapi saya faham mengapa anda telah memutuskan untuk membuat langkah ini dan bertanding jawatan Presiden. Ia adalah selaras dengan semangat perkhidmatan awam dan rasa tanggungjawab yang telah anda tunjukkan selama ini.

Sebagai Ketua Negara, Presiden adalah tokoh penyatu kepada semua rakyat, dan mewakili Singapura di peringkat antarabangsa. Presiden juga menjalankan kuasa penjagaan yang penting, memegang kunci kedua berkaitan penggunaan rizab yang lalu dan membuat pelantikan kritikal tertentu.

Melalui pelbagai peranan kewangan anda, anda telah memperoleh pengetahuan mendalam tentang sistem dan cara rizab itu dilindungi. Kedudukan antarabangsa anda dan pengalaman anda dalam pemerintah dan politik juga akan membantu anda apabila anda mewakili negara di dalam dan luar negara.

Sekiranya anda dipilih sebagai Presiden kami yang seterusnya, saya amat menghargai bahawa anda kini akan berada dalam peranan berbeza dengan tanggungjawab yang berbeza. Anda tidak akan menjadi ahli eksekutif lagi; sebaliknya anda akan menggunakan kuasa penjagaan anda secara bebas untuk melindungi rizab masa lalu kita dan kewibawaan perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan.

Ini adalah fungsi penting dalam sistem pemerintahan Singapura. Saya yakin anda akan menjalankan tugas ini dengan teliti dan dengan kebebasan pemikiran yang anda sentiasa tunjukkan.

Terima kasih sekali lagi atas khidmat cemerlang anda kepada Singapura selama 40 tahun yang lalu, dan saya mendoakan kejayaan anda semasa anda memulakan perjalanan baru anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >