Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SME, keluarga gaji kecil akan dipertimbangkan apabila tarif air disemak

Sep 21, 2023 | 04:20 PM



Beberapa kumpulan masyarakat di sini, umpamanya golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik serta peniaga kecil tidak akan diketepikan apabila tarif air disemak semula, demikian jaminan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Rabu apabila beliau menerangkan tentang kos di sebalik bekalan air negara, lapor The Straits Times.


Bercakap di panel di Forum Kelestarian Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Cik Fu berkata kos pengendalian prasarana air negara telah meningkat antara 30 dengan 35 peratus sejak 2017.

Takungan air dan air yang diimport tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat dan kerana itu Singapura bergantung kepada AirBaru dan penyulingan.

“Tetapi untuk memiliki dua sumber air ini, melabur di dalamnya dan mengendalikannya, tentu sekali ada kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan air hujan dan juga jika dibandingkan dengan air import yang telah ditetapkan dari segi kos,” kata Cik Fu.

AirBaru dan penyulingan air memerlukan tenaga dan kimia yang lebih banyak untuk merawat air.

“Kerana itu, bagaimanakah boleh kami menyediakan dengan secukupnya – mengambil kira kesan ekonomi, alam sekitar dan sosial.

“Kesan yang ada pada alam sekitar juga penting kerana jika kita tidak merawat air buangan daripada aktiviti-aktiviti perindustrian, ia akan mencemari dan mengurangkan ketersediaan air minuman.

“Sebaliknya, jika kita tidak mempertimbangkan kesan ekonomi dan kita kita kehabisan air, kita tidak akan mempunyai keselamatan air. Perkara ini akan menjejas daya saing ekonomi kita,” tambah beliau. Kesan sebegini akan ada tukar gantinya.

Industri fabrikasi wafer, elektronik dan bioperubatan adalah antara pengguna air terbesar di Singapura, menyumbang kepada 17 peratus daripada permintaan air bukan domestik.

“Jadi bagaimana kita memastikan kita melabur dan beroperasi dengan cara mampan? Melabur dengan dana sewajarnya, supaya kita tidak kurang melabur dalam prasarana air kita. Tetapi pada masa yang sama semasa kami menyemak kos, menilai semula tarif kita... kita tidak akan meninggalkan sekumpulan penduduk di belakang.

“Sebagai contoh, keluarga berpendapatan rendah, kurang berkemampuan dan SME (perusahaan kecil dan sederhana), kita perlu memastikan mereka tidak dikecualikan. Keperluan mereka harus dipertimbangkan kami dan mereka harus dibantu dengan peralihan itu juga.”

Semasa perbincangan selama sejam itu, Cik Fu turut menekankan kesan perubahan iklim terhadap keselamatan makanan dan tenaga, dengan penggunaan berlebihan yang akan memburukkan lagi masalah.

“Kemudian kita perlu menangani sisa yang kita hasilkan, menyebabkan masalah daya tahan sumber. Kita mungkin kehabisan sumber yang kita perlukan untuk generasi akan datang.”

Semasa forum itu, Cik Fu berbicara bersama moderator, Profesor Paul Straughan, tentang bagaimana Pelan Hijau Singapura, sebuah gerakan seluruh negara untuk memajukan agenda nasional Singapura mengenai pembangunan mampan boleh dicapai.

Sasaran utama termasuk menanam sejuta lagi pokok, mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sebanyak 30 peratus menjelang 2030, mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada lima sekolah menjadi neutral karbon menjelang 2030 dan memerlukan kereta yang baru didaftarkan mulai 2030 untuk menggunakan tenaga yang lebih bersih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >