Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Soal gaji, kerjaya asatizah jadi tumpuan dialog pelajar S’pura di Mesir

Nov 12, 2023 | 10:53 AM



Soal gaji dan kebimbangan tentang kerjaya masa depan bagi golongan asatizah mendapat tumpuan dalam dialog tertutup yang diadakan bersama pelajar Singapura di Mesir baru-baru ini.

Dialog itu melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, serta pelajar daripada Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (Perkemas) pada Jumaat.

Dr Maliki, yang sedang melakukan lawatan kerja ke Kahirah, Mesir, berkongsi bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dan juga rakan kepentingan yang lain, sedang berusaha meningkatkan prestasi, kerjaya dan gaji asatizah masa depan.

Semasa bercakap dengan Berita Harian (BH) di Hotel Four Seasons di Kahirah, Presiden Perkemas, Ustaz Muhammad Hazman Abd Aziz, 23 tahun, yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, menyambut baik usaha tersebut dan juga peluang berkongsi pandangannya dengan Dr Maliki.


“Dengan kehidupan Singapura yang amat sibuk dan pantas, kami perlukan gaji yang baik untuk menjalani kehidupan kami di Singapura. Dan kalau kami hendak menjadi asatizah, kami juga perlu meraih gaji yang sewajarnya dengan apa yang kami lakukan.

“Kami perlu sokongan yang kukuh di Singapura khususnya daripada Muis. (Ia) akan lebih memudahkan urusan kami pada masa depan dan akan menaik taraf serta menarik lebih ramai lagi asatizah untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Ustaz Hazman.

Wakil siswi Perkemas, Ustazah Nur Dinah Mohamadali, 23 tahun, yang baru juga menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, turut mengalu-alukan sokongan Muis bagi memastikan asatizah mendapat gaji yang setaraf dengan kelayakan mereka.

“Kami pasti ingin mendapatkan kerja yang baik di Singapura nanti dan juga dengan gaji yang setaraf dengan pendidikan yang telah kami perolehi. Saya percaya pihak di Singapura sedang cuba untuk meletakkan taraf gaji yang sesuai bagi asatizah.

“Kami sangat berharap perkara ini dapat diteruskan dengan baik dan (menyediakan laluan kerjaya asatizah setaraf) seperti laluan kerjaya yang lain,” kata Ustazah Nur Dinah.

Beliau juga bersetuju dengan kata-kata Dr Maliki, yang menggalak lulusan sektor agama agar terus meningkat kemahiran dalam pelbagai bidang untuk kekal relevan pada masa depan.

“Kami juga sedar akan tanggungjawab kami sebagai asatizah untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dan mempertingkatkan diri supaya kami dapat berbakti dan memberikan yang terbaik buat masyarakat Singapura,” ujarnya.

Ustaz Hazman dan Ustazah Nur Dinah, turut meluahkan penghargaan mereka kepada Muis, khususnya pegawai Pejabat Kebajikan Kerjaya Pelajar (SCWO) yang telah banyak membantu pelajar yang sedang belajar di luar negara.

“Para pegawai tersebut sangat membantu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan urusan pentadbiran para pelajar seperti urusan pelajar yang hendak ke kuliah atau ke sekolah… (pegawai tersebut) membantu membuat kehidupan pelajar di sini lebih selesa,” kata Ustaz Hazman.

Ketika ditanya BH, Ustaz Hazman berkata antara cabaran yang dilaluinya semasa belajar di luar negara selama empat tahun ialah menyesuaikan diri dengan bahasa dan budaya di Kahirah yang amat berlainan dengan kehidupan di Singapura.

“Cara kehidupan orang Arab di Mesir mungkin berbeza dengan cara kita di Singapura. Bila belajar di luar negara, ia membantu kami untuk keluar daripada zon selesa. Ia memaksa kami untuk mencapai tahap yang lebih tinggi (yang sebelum ini) kadangkala, kami sendiri tidak sedar bahawa kami boleh capai ke peringkat tersebut,” kata Ustaz Hazman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >