Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki lawat Terusan Suez di Mesir, tandatangani MOU visa

Nov 10, 2023 | 04:35 PM



Pemegang pasport diplomatik di Singapura dan Mesir tidak lama lagi boleh melawat negara masing-masing tanpa visa.

Ini susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dengan Timbalan Menteri Ehwal Luar Mesir bagi Ehwal Afrika, Encik Hamzi Loza, pada Khamis di Kahirah, Mesir.

“Memulakan hari saya dengan menandatangani perjanjian dengan Timbalan Menteri Ehwal Luar Mesir bagi Ehwal Afrika Encik Hamzi Loza mengenai pengecualian visa bersama bagi pemegang pasport diplomatik.

“Pegawai kami tidak lama lagi boleh melawat negara masing-masing tanpa visa, dan pergerakan lancar ini akan memupuk kerjasama yang lebih erat antara pegawai kami,” kata Dr Maliki.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan perkembangan di Gaza dan berkongsi pandangan sama tentang keperluan semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan segera kepada rakyat Palestin di Gaza.

Beliau juga menyatakan penghargaan Singapura atas peranan penting Mesir dalam mengetuai rundingan damai dan memudahkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

Dr Maliki juga bertemu dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Dr Reda Hegazy, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Teknikal, yang meluahkan pandangan positif tentang sistem pendidikan Singapura.

“(Beliau) mencadangkan lebih banyak pertukaran dalam bidang latihan perguruan dan pembangunan kurikulum.

“Saya menggalakkan beliau melawat Singapura untuk melihat sendiri apa yang kami boleh tawarkan dan bagaimana kita boleh bekerjasama untuk menambah baik sistem pendidikan kita,” kata Dr Maliki.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, kini berada di Kahirah, Mesir, untuk bertemu pemimpin negara itu dan wakil masyarakat perniagaan Singapura di Mesir dari 9 hingga 11 November.

Beliau juga sempat melawat Zon Ekonomi Terusan Suez, dengan beliau diberi taklimat oleh Pengerusi, Encik Waleid Gamaleldien, mengenai peluang yang ada dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan maritim Mesir.







Berkongsi pandangannya susuli lawatan ke kemudahan hidrogen hijau di zon tersebut, Dr Maliki berkata terdapat banyak potensi bagi Singapura dan Mesir untuk bekerjasama memandangkan Mesir dan Singapura adalah hab maritim di rantau masing-masing.







Singapura dan Mesir mempunyai kepentingan bersama dalam mempromosikan keselamatan maritim dan ketersambungan rantaian bekalan memandangkan lokasi strategik kedua-dua negara di sepanjang laluan perkapalan utama.

Pembukaan Terusan Suez pada 1869, iaitu laluan maritim terpendek antara Asia dengan Eropah, telah meningkatkan kedudukan Singapura sebagai hab maritim meskipun pada ketika itu, Singapura masih belum mencapai kemerdekaan.

Syarikat perkapalan dan logistik Singapura seperti Pacific International Lines (PIL) dan PSA juga telah menubuhkan operasi di Mesir.

Pada Oktober 2022, Singapura telah melancarkan Strategi Hidrogen Nasional yang akan menyediakan peta jalan tentang cara hidrogen boleh menyokong usaha penyahkarbonan Singapura, dan langkah yang boleh diambil Singapura untuk mempersiapkan masa depan hidrogen.

Sebagai sebahagian strategi itu, Singapura sedang membangunkan loji janakuasa sedia hidrogen 600MW di Pulau Jurong, yang akan dapat beroperasi menggunakan bahan api dengan kandungan hidrogen 30 peratus apabila siap pada 2026.







Pada Khamis, Dr Maliki juga menerima taklimat menyeluruh oleh Menteri Perpaduan Sosial Mesir, Cik Nivine El-Kabbag, mengenai situasi kemanusiaan di Gaza.

Beliau turut menawarkan bantuan Singapura untuk bekerjasama dengan kementerian Cik El-Kabbag dan pihak berkepentingan lain untuk membantu rakyat Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >