Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan lebih kukuh bagi keperluan perubatan, kesihatan jemaah haji

Masagos: Pasukan perubatan S’pura seramai 19 orang, lebih besar dari tahun lalu, sedang Arab Saudi jangkakan jumlah jemaah yang ramai pasca pandemik
May 27, 2023 | 02:05 PM



JEMAAH Singapura yang bakal menunaikan ibadah haji di Tanah Suci akan disediakan dengan sokongan perubatan yang baik, termasuk pasukan perubatan yang lebih besar berbanding 2022.

Ini sedang kerajaan Arab Saudi menjangkakan lebih ramai jemaah tahun ini berbanding tahun-tahun lalu ekoran sekatan pandemik Covid-19 yang telah dilonggarkan, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos berkata demikian ketika ditemui Berita Minggu (BM) di taklimat prakeberangkatan Haji yang diadakan di Max Atria, Singapore Expo, pada Sabtu.


Mengulas lebih lanjut, Encik Masagos berkata seramai 19 pegawai perubatan dan kejururawatan bakal menemani jemaah haji tahun ini.

“Ini akan memberikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada mereka (jemaah), apa lagi lebih ramai tahun ini adalah warga yang lebih tua, dan mungkin memerlukan bantuan perubatan yang lebih daripada tahun-tahun lalu,” ujarnya.

Sokongan perubatan itu, menurut Encik Masagos, adalah sebahagian daripada usaha Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Persatuan Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk mempersiapkan jemaah dari aspek kesihatan dan jasmani.

Menurut beliau, semua pihak berkepentingan itu juga sedang berganding bahu untuk menjalankan program-program yang memberi tumpuan kepada tahap kesihatan jemaah, bagi mempersiapkan mereka untuk ibadah haji yang intensif secara fizikal.

Ini termasuk mengamalkan pemakanan yang baik, gaya hidup yang sihat serta rejim senaman bagi memastikan mereka cergas apabila melaksanakan haji nanti, kata Encik Masagos.

“Harapan saya adalah setelah mereka pulang nanti dari haji, mereka akan lebih sihat daripada sebelum mereka berangkat, insya-Allah. Moga semua jemaah haji mendapat haji yang mabrur,” tambah beliau.

Encik Masagos turut meluahkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi kerana memberi Singapura visa yang telah dinanti-nantikan jemaah haji.

Beliau akur bahawa ramai lagi yang belum dapat menunaikan ibadah haji disebabkan kuota yang ditetapkan kerajaan Saudi bukan sahaja bagi Singapura tetapi negara-negara lain.

Namun, ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua jemaah yang bakal melaksanakan haji, katanya.

Tahun ini, Singapura telah diberi kuota rasmi haji sejumlah 900.

Menurut Muis dalam kenyataannya, semua 900 tempat telah diberikan kepada pendaftar sedia ada dalam Sistem Pendaftaran Haji Awal (AHRS) yang memenuhi syarat haji 2023, berdasarkan siapa dahulu, didahulukan.

Tidak ada sekatan umur dikenakan sepertimana yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Muis berkata persiapan bagi haji tahun ini lancar, dan majlis itu telah bekerjasama dengan Amtas, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Kesihatan (MOH), Kedutaan Saudi dan penguasa haji Saudi untuk memastikan proses yang lancar dan selamat buat semua jemaah.

Visa bagi kesemua 900 jemaah sudah pun dalam proses, kata Muis.

Kumpulan pertama jemaah Haji bakal berangkat pada 8 Jun ini, sementara kumpulan terakhir akan bertolak pada 24 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >