Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Speaker Seah Kian Peng akan letak jawatan NTUC Enterprise

Aug 07, 2023 | 07:46 PM



Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, akan meletak jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NTUC Enterprise (NE) dan berundur daripada lembaga perusahaan sosial NE.

Ini berikutan pelantikannya sebagai Speaker Parlimen baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan media NTUC NE pada Isnin, langkah tersebut akan membolehkan Encik Seah memberi keseluruhan tumpuan dan komitmen dalam menjalankan tugasnya sebagai Speaker.

Timbalan CEO NE, Cik Adeline Sum, akan menggantikan Encik Seah sebagai CEO Kumpulan mulai 1 Oktober 2023.

“Saya berbesar hati dapat berkhidmat di NTUC Enterprise. Bersama dengan pasukan pengurusan kami, kami telah membangunkan satu rancangan yang mampan untuk memulakan perjalanan transformasi dengan perusahaan sosial kami bagi memastikan kami kekal relevan kepada masyarakat,” kata Encik Seah.

Pengerusi NTUC Enterprise, Encik Lim Boon Heng, memberi penghormatan kepada Encik Seah bagi peranannya dalam memimpin NE dan FairPrice Group hampir 30 tahun.

“Di bawah kepimpinannya, NE dan perusahaan sosialnya telah mencapai beberapa pencapaian penting, terutamanya dalam memastikan keperluan harian masih tersedia semasa pandemik Covid-19, serta dalam melaksana pelbagai langkah untuk mengatasi kos sara hidup di tengah-tengah kebimbangan inflasi yang tinggi,” kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >