Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Spesies orkid baru ditemui di S’pura

Jun 14, 2023 | 03:40 PM



Ikon terkenal Singapura, Merlion, kini dikaitkan dengan sejenis orkid yang baru ditemui di Singapura.

Orkid jenis Claderia leontocampus itu tergolong dalam jenis Claderia, yang sehingga kini hanya mengandungi dua spesies yang diketahui – Claderia viridiflora dan Claderia papuana, yang kadangkala dianggap sinonim.


‘Leontocampus’ bermaksud Merlion dalam bahasa Yunani.


Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pengkaji menemui jenis orkid itu di Kebun Bunga Singapura dalam satu tinjauan pada 2020.

Pokok itu kemudian berbunga dalam penanaman dan mengeluarkan bunga kecil, berjumbai dan berwarna kuning krim, berbeza daripada bunga tegak dan hijau terang Claderia viridiflora. Ini membawa kepada penemuan spesies baru yang dinamakan Claderia leontocampus.


Menurut Lembaga Taman Negara (NParks), spesies itu juga boleh ditemui di Sumatera dan semenanjung Malaysia.

Disebabkan penampilan spesies itu hampir serupa dengan Claderia viridiflora apabila steril, spesies itu berkemungkinan kurang direkodkan dan saiz populasinya tidak diketahui.


Sepanjang lapan tahun, Claderia leontocampus hanya direkodkan dua kali pada 2020 dan 2022, berbanding Claderia viridiflora, yang direkodkan sebanyak tujuh kali.


Satu kajian mengenai spesies baru itu telah diterbitkan oleh Kebun Bunga Singapura dalam Gardens’ Bulletin Singapore, salah satu jurnal tertua di dunia yang diterbitkan oleh sebuah kebun bunga.


Dalam catatan Facebook yang sama, Encik Lee mengatakan bahawa usaha penemuan sedemikian menekankan kepentingan strategi pemuliharaan Singapura dalam melindungi kekayaan biodiversiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >