Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura akan lantik pemaju bagi janakuasa ammonia rendah karbon dan ‘bunkering’

Oct 23, 2023 | 05:26 PM



Pemerintah Singapura kian hampir menjana kuasa ammonia yang bersih, dengan rancangannya untuk mengundang syarikat yang berminat untuk mengemuka saranan bagi membangun dan mengendali loji janakuasa pembakaran ammonia dan kemudahan ‘bunkering’ di Pulau Jurong.

Berdasarkan saranan yang diterima, pemerintah akan melantik pemaju utama bagi projek itu, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pada Isnin, semasa berucap di pelancaran persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura, lapor The Business Times.


‘Bunkering’ bermakna pengisian dan penjualan bahan api untuk kapal.

“Ini akan menjadi antara projek komersial pertama di dunia yang menguji dan menyalur penggunaan ammonia sebagai bahan api. Ia adalah pencapaian penting dalam pencarian Singapura bagi laluan penyahkarbon yang berdaya maju,” kata Encik Gan.

Undangan bagi saranan itu akan dilancarkan sebelum akhir 2023. Ia dibuat selepas Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) melancarkan pernyataan minat (EOI) pada Disember tahun lalu bagi projek tersebut.

EOI itu adalah sebahagian daripada strategi lebih luas negara untuk membekal kuasa hidrogen kepada Singapura bagi mencapai matlamat pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Terdapat enam konsortium yang disenarai pendek selepas EOI itu, daripada sejumlah 26 saranan yang diterima dari kedua-dua syarikat tempatan dan asing. Ini mencerminkan “minat industri yang kukuh,” tambahnya.

Projek penjanaan kuasa ammonia akan melibatkan usaha menjana antara 55 dengan 65 megawatt (mW) elektrik daripada ammonia karbon rendah atau sifar karbon yang diimport melalui pembakaran langsung di turbin gas atau Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT).

Ia juga akan memudahkan penampungan ammonia pada kapasiti minimum 0.1 juta tan setahun, bermula dengan pemindahan bahan api dari darat ke kapal, diikuti kapal ke kapal.

EMA dan MPA berkata pemerintah akan bekerja rapat dengan pemaju terpilih untuk melaksanakan projek itu, memandangkan teknologi dan rantaian bekalan globalnya yang baru berkembang.

Ia menambah bahawa ammonia adalah bahan kimia yang digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Singapura.

Ammonia kini merupakan salah satu pembawa hidrogen yang paling bersedia dari segi teknologi dengan rantaian bekalan antarabangsa yang mantap.

Selain merintis penjanaan kuasa ammonia, Encik Gan mengumumkan bahawa Singapura akan memusatkan pemerolehan dan pembekalan gas kepada sektor penjanaan kuasa untuk meningkatkan daya tahan bekalan gas aslinya.

Ini memandangkan keadaan pasaran gas di peringkat global yang dijangka semakin tidak menentu dengan peralihan tenaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >