Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Australia perkukuh kerjasama sektor hijau, perkapalan dan perdagangan makanan

Antara inisiatif termasuk dana baru $17.8j sokong kerjasama SME dalam projek hijau
Jun 02, 2023 | 07:45 PM



SINGAPURA dan Australia memperkukuh kerjasama dua hala menerusi beberapa inisiatif termasuk dana baru bernilai jutaan dolar untuk menyokong syarikat industri hijau, usaha menggalak kemampanan dan pendigitalan industri perkapalan, serta rancangan meningkatkan perdagangan makanan.

Dana bernilai AU$20 juta ($17.8 juta) itu akan diperuntukkan untuk sebuah program baru bagi memacu inovasi bersama antara syarikat kecil dan sederhana (SME) dari kedua-dua negara untuk produk dan perkhidmatan industri hijau.

Di bawah Program Inovasi Bersama Go-Green (GGCIP), SME dari kedua-dua negara dalam tempoh empat tahun akan datang boleh memanfaatkan dana itu jika mereka bekerjasama dalam sektor pertumbuhan hijau seperti tenaga yang boleh diperbaharui dan bersih, perniagaan tani dan makanan mampan atau pengurusan sisa.

Dana baru dan rancangan baru lain itu diumumkan di Mesyuarat Pemimpin Tahunan Singapura-Australia ke-8 di Istana pada Jumaat.

Mesyuarat pada Jumaat adalah wadah utama untuk perdana menteri kedua-dua negara membincangkan kerjasama dua hala dan bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Turut diumumkan ialah Koridor Perkapalan Hijau dan Digital Singapura-Australia akan ditubuhkan menjelang hujung 2025, sedang pihak berkuasa kedua-dua pihak bekerjasama untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan mendigitalkan industri perkapalan.

Beberapa inisiatif yang sedang diteroka termasuk menubuhkan rantaian bekalan bahan api rendah dan sifar karbon, dan mencari huraian perkapalan digital yang akan memudahkan pelabuhan dan aliran barangan yang cekap.

Bercakap di sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, Pemangku Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata kedua-dua negara mempunyai objektif yang jelas dan sejajar berhubung usaha mewujudkan rantaian bekalan yang lebih bersih, hijau dan berdaya tahan.

“(Penjajaran) ini akan memberi banyak peluang kepada sektor swasta untuk bekerjasama,” kata Encik Wong yang mewakili Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang disahkan positif Covid-19.

Encik Albanese sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Singapura dari Khamis hingga Sabtu. Beliau juga menyampaikan ucaptama di Dialog Shangri-La ke-20 yang bermula pada Jumaat dan berakhir pada Ahad.

Satu lagi pengumuman yang dibuat di mesyuarat 2023 ialah rancangan kerja yang telah dimuktamadkan untuk Pakatan Makanan, yang sebelum ini telah dipersetujui oleh kedua-dua perdana menteri untuk diusahakan di mesyuarat lalu.

Pakatan Makanan itu bertujuan meningkatkan perdagangan produk makanan dan mempromosikan Singapura sebagai pusat pemunggahan untuk produk makanan Australia.

Ia juga termasuk kerjasama dalam isu keselamatan makanan global seperti biosekuriti serantau, makanan masa depan dan prinsip pertanian mampan.

Terdahulu pada Jumaat, Encik Albanese menemui Presiden Halimah Yacob dan juga mempunyai hibrid orkid baru, Dendrobium Anthony Albanese, dinamakan sempena namanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >