Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Brunei komited lindung alam sekitar, tangani perubahan iklim

Oct 24, 2023 | 06:59 PM



Para pemimpin Singapura dan Brunei memberi komitmen untuk memperdalam kerjasama dalam perlindungan alam sekitar dan menangani perubahan iklim

Hal ini dinyatakan semasa para menteri kedua-dua negara bertemu dalam satu mesyuarat pada Selasa sebagai sebahagian daripada Kunjungan Tahunan Brunei-Singapura (BSAEV) ke-16 yang diperuntuk melalui Memorandum Perjanjian Kerjasama Dua Hala bagi Ehwal Sekitaran yang diperbaharui pada 2022.

Mesyuarat itu, yang diadakan di Brunei, juga menyaksikan kedua-dua negara mengulangi komitmen mereka untuk memupuk kemajuan berterusan dan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, mengetuai delegasi Singapura yang terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Encik Stanley Loh, dan pegawai kanan lain daripada MSE, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan agensi air negara, PUB.

Sementara itu, delegasi Brunei diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda Haji Abdul Rashid.

Delegasi Brunei terdiri daripada Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Sekitaran), Cik Dayang Dr Nor Imtihan Haji Abdul Razak dan pegawai kanan daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dan Urus Setia Perubahan Iklim Brunei (BCCS), Pejabat Perdana Menteri Brunei.

Menurut kenyataan bersama antara MSE dan Kementerian Pembangunan Brunei yang dikeluarkan pada Selasa, kedua-dua negara mencatatkan kemajuan mantap projek dan program sedia ada dalam pelbagai bidang seperti pengurusan sisa pepejal, kualiti udara, pengurusan sumber air dan perubahan iklim.

Sebagai contoh, Singapura telah memperkenalkan pelbagai daya usaha untuk menguruskan sisa elektronik dan sisa pembungkusan.

Ini termasuk pelaksanaan langkah mengenakan bayaran bagi penggunaan beg plastik dari Julai 2023; memperkenalkan skim pemulangan pengisi minuman mulai April 2025; dan perkitaran semula peralatan elektrik di bawah skim Tanggungjawab Lanjutan Pengeluar (EPR) bagi pengurusan sisa elektronik (e-sisa).

Sementara itu, inisiatif terbaru Brunei dalam pengurusan sisa pepejal termasuk memperluaskan pemasangan sistem kamera pengawasan di lokasi strategik di Daerah Tutong dan Belait bagi mengenal pasti pesalah dan mengenakan denda.

Brunei juga telah memperkenalkan inisiatif hari kitar semula merentasi seluruh negara untuk menggalakkan kesedaran dan menerapkan tabiat kitar semula kepada orang ramai dalam kehidupan seharian mereka.

Menteri-menteri di mesyuarat itu juga membincangkan kerjasama pengurusan sumber air, termasuk cadangan Brunei untuk meningkatkan kecekapan proses rawatan air dan meningkatkan kebolehpercayaan rangkaian dan sistem bekalan airnya.

Mesyuarat BSAEV ke-17 akan diadakan di Singapura pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >