Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura catat dua kematian akibat denggi pada suku kedua 2023: NEA

Jul 25, 2023 | 07:17 PM



Dua orang meninggal dunia akibat denggi di Singapura antara April dengan Jun, mencatatkan kematian pertama akibat jangkitan denggi setempat pada 2023.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata dalam laporan pengawasan denggi bagi setiap suku tahun pada Selasa, 1,989 kes dicatat dalam suku tahun kedua 2023, pengurangan sebanyak 15.7 peratus daripada suku tahun sebelumnya.

Ini adalah suku keempat berturut-turut di mana jumlah kes denggi berkurang, biarpun mencatatkan jumlah kes tinggi pada awal tahun.

Jumlah 279 kes mingguan yang dicatatkan dalam minggu pertama 2023 adalah yang kedua tertinggi bagi minggu pertama tahun ini dalam tempoh lima tahun lalu.

NEA kemudian berkata bahawa lonjakan kes denggi itu didorong oleh populasi nyamuk Aedes aegypti yang tinggi dan imuniti penduduk yang rendah terhadap jenis denggi yang lazim ketika itu.

Denggi merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti betina, spesis sama yang mengakibatkan demam kuning dan Zika.

Tanda-tanda boleh muncul tiga hingga 14 hari selepas seseorang digigit. Ia termasuk sakit sendi dan otot-otot, sakit kepala yang teruk dengan kesakitan di belakang mata dan ruam kulit.

Bilangan kelompok denggi dikenal pasti dari April hingga Jun turun sekitar 34 peratus berbanding suku tahun sebelumnya, menurut data NEA yang terkini.

Dalam kalangan 213 kelompok yang dikesan, 170 telah ditutup dalam tempoh yang sama.

Namun, NEA mengesan lebih banyak tempat tinggal nyamuk, dengan sekitar 5,300 dikenal pasti dalam suku tahun kedua 2023.

Ini menandakan peningkatan sekitar 15 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Lima tempat tinggal pembiakan teratas untuk suku tahun kedua 2023 adalah di rumah yang mempunyai baldi, alas pasu bunga, pasu, cadar kanvas dan kepingan plastik serta tong sampah yang terletak di luar rumah berhalaman.

Lima tempat tinggal pembiakan teratas untuk tempoh yang sama di kawasan-kawasan awam ialah longkang perimeter tertutup, bekas yang dibuang, perangkap parit di estet perumahan dan longkang tempat meletak kereta yang tertutup.

Orang ramai boleh dijangkiti dengan denggi sehingga empat kali kerana tersdapat empat jenis virus denggi. Jangkitan berulang kali meningkat risiko sakit denggi yang teruk dan kematian.

Laporan NEA menyatakan bahawa virus jenis-1 denggi menyumbang sebahagian besar pada kes yang dikesan melalui sampel antara April dengan Jun. Ini disusuli dengan jenis-3 denggi, jenis-2 denggi dan jenis-4 denggi.

Musim kemuncak denggi adalah dari Jun hingga Oktober kerana cuaca lebih panas, pendaraban virus yang lebih cepat dalam nyamuk dan perkembangan nyamuk yang cepat.

Pada 2016, Singapura melancarkan Projek Wolbachia, satu program untuk membendung pembiakan nyamuk Aedes aegypti.

Sebagai sebahagian daripada projek itu, nyamuk jantan Aedes aegypti dijangkiti dengan bakteria Wolbachia dilepaskan di merata negara untuk mengawan dengan nyamuk betina, menghasilkan telur-telur yang tidak menetas, untuk mengurangkan populasi sama jenis nyamuk.

Pada 2022, 19 orang meninggal dunia akibat denggi di Singapura, dengan empat daripada mereka dilaporkan pada suku tahun akhir tahun. Ini hampir empat kali jumlah kematian denggi pada 2021, yang mempunyai lima kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >