Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN MALIKI KE JORDAN

S'pura, Jordan minat teroka kerjasama bidang pendidikan

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



LAWATAN Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, ke Jordan kali ini menyaksikan minat mendalam kedua-dua negara untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi termasuk latihan kejuruan dan pendidikan teknikal.



Dr Mohamad Maliki yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, mengadakan pertemuan kelmarin dengan para kepimpinan institusi pengajian tinggi Jordan; Profesor Dr Nathir Obeidat, Presiden Universiti Jordan (UOJ) dan Profesor Ismael Al-Hinti, Presiden Universiti Teknikal Al Hussein (HTU).



Semasa lawatannya ke HTU, Dr Maliki turut bertemu dengan penuntut universiti berkenaan yang berkongsi minat meneroka peluang pendidikan lanjut di Singapura.



Beliau juga berkongsi kepada mereka pelbagai peluang pendidikan lanjut yang ditawar di Singapura daripada universiti utama tempatan seperti Universiti Nasional Singapura dan Universiti Teknikal Nanyang (NTU) dan pilihan institut pendidikan tinggi lain yang menawarkan program tersendiri seperti Institut Teknologi Singapura (SIT), Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura serta politeknik.




Laporan lanjut:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >