Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura kekal jadi sasaran pengganas di tengah ketegangan geopolitik: ISD

Individu, termasuk belia, yang jadi radikal sendiri antara kebimbangan utama
Jul 24, 2023 | 08:22 PM



Meskipun tiada ancaman segera, Singapura kekal sasaran pengganas, dengan individu yang menjadi radikal sendiri melalui wadah dalam talian disifatkan sebagai ancaman utama.

Keadaan geopolitik yang tegang, seperti konflik di Eropah dan Timur Tengah, juga memain peranan dalam hal ini, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), dalam laporan tahunannya berkenaan pengganasan yang dikeluarkan pada Isnin.

ISD berkata Singapura kekal menjadi sasaran berharga dan terus dipaparkan dalam propaganda kumpulan pengganas ISIS.

Ini termasuk memaparkan Presiden Halimah Yacob sebagai sasaran dalam poster yang disebarkan kepada penyokong mereka di media sosial.

Poster tersebut menyeru penyokong ISIS melakukan serangan balas untuk membalas dendam kematian Pemimpin Wilayah Asia Timur ISIS, Abu Zacharia.

Sepanjang tahun lalu, terdapat serangan dan rancangan serangan yang berjaya digagalkan di rantau ini, bahkan penyokong ISIS Asia Tenggara telah menghasut satu sama lain untuk melakukan keganasan dalam “khalifah maya” yang berlaku di media sosial.

Rangkaian yang dibentuk melalui “khalifah maya” ini juga boleh berfungsi untuk menghubungkan elemen yang berkaitan dengan ISIS di Timur Tengah kepada penyokong Asia Tenggara mereka.

“Terdapat ekosistem dalam talian penyokong ISIS, yang mengedarkan dan mengitar semula naratif ini dan membolehkan radikalisasi individu yang berfikiran sama merentas sempadan,” kata ISD.

Berhubung individu yang menjadi radikal sendiri, ISD berkata kes-kes tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kebelakangan ini menunjukkan bahawa ancaman keganasan di Singapura masih berterusan.

“Individu yang menjadi radikal sendiri merupakan kebimbangan utama kami, dengan 49 individu yang menjadi radikal sendiri – terdiri daripada 37 warga Singapura dan 12 warga asing – diberi Perintah ISA sejak 2015,” menurut laporan itu.

Kebanyakan individu ini yang dikesan di Singapura dipengaruhi oleh naratif pelampau Islam, seperti yang disebarkan oleh ISIS dan Al-Qaeda, termasuk bahawa Islam seolah-olah sedang ditindas Barat.

Kumpulan seperti itu membenarkan penggunaan keganasan sebagai cara membalas ketidakadilan yang berlaku kepada orang Muslim di dunia.

Dalam pada itu, memandangkan konflik geopolitik yang berterusan seperti perang Russia-Ukraine dan ketegangan semakin meningkat di Timur Tengah, ISD dalam penilaiannya berkata, pemimpin negara dan proksi mereka mungkin menggunakan modus operandi pengganas terhadap musuh mereka, termasuk di negara ketiga.

“Terdapat risiko di mana Singapura mungkin terperangkap dalam pertempuran itu,” kata ISD.

Sementara itu, beberapa negara Barat juga telah mengetengahkan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat dengan keganasan yang didorong oleh ekstremisme sayap kanan (FRE) dan ideologi ekstremis lain.

Insiden keganasan yang lahir daripada FRE baru-baru ini di luar negara menunjukkan bahawa ancaman FRE telah semakin tersebar, didorong oleh pelbagai fahaman dan ideologi konspirasi, seperti anti-Semitisme, anti-Islam, anti-imigresen dan idea bahawa satu kaum lebih baik daripada kaum lain, tambah ISD.

“Oleh itu, kita mesti sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan serangan pengganas di Singapura atau terhadap kepentingan kita di luar negara – sama ada oleh pelaku yang sudah membuat perancangan atau individu yang radikal sendiri,” tegas ISD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >