Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lancar Pusat Keselamatan Siber dan Maklumat Asean bagi perangi ancaman siber

Jul 18, 2023 | 08:24 PM



Ancaman daripada domain siber tidak menghormati sempadan geografi dan akan memerlukan penyelarasan dan kerjasama transnasional untuk meraih tindak balas yang berkesan.

Oleh itu, adalah penting bagi negara Asean berkongsi maklumat sebagai sebahagian daripada pertahanan individu dan kolektif terhadap ancaman siber, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Dr Ng berkata demikian semasa melancarkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber dan Maklumat (ACICE) Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) pada Selasa di Pusat Perintah dan Kawalan Changi (CC2C) di Pangkalan Laut Changi.

ACICE ialah pusat yang menghubungkan negara Asean dan rakan kongsi lain untuk meningkatkan kerjasama pelbagai hala dalam sektor pertahanan bagi menangani serangan siber, maklumat palsu atau tidak benar yang tersebar, maklumat yang sengaja bertujuan memperdaya melalui perkongsian maklumat dan pembinaan kapasiti.

“Ancaman siber kini telah menjadi perkara lazim bagi semua negara yang kami wakili di sini dan di luar. Kami tidak lagi terkejut dengan skop dan skala perisian hasad, DDOS, penipuan siber, maklumat salah, ‘deepfakes’ (media sintetik yang telah dimanipulasi dengan kecerdasan buatan), perisian tebusan, pancingan data dan kebocoran data,” kata Dr Ng.


Menurutnya, ACICE mempunyai empat matlamat utama dan berusaha untuk “melengkapi, bukan menggantikan pusat Asean dan pusat negara masing-masing terhadap ancaman bukan siber.

Ini termasuk memberikan kesedaran situasi yang baik dan amaran awal mengenai ancaman dalam domain digital dan untuk berfungsi sebagai hab perkongsian maklumat dan pembinaan kapasiti.

Ia juga bertujuan untuk memerangi ancaman digital yang akan menjejaskan lebih daripada satu negara dan bekerjasama dengan badan serantau dan antarabangsa yang lain untuk membangunkan konsensus global mengenai norma, peraturan dan prinsip untuk tingkah laku negara yang bertanggungjawab dalam ruang siber, termasuk perlindungan untuk infrastruktur kritikal.

ACICE juga telah menubuhkan sebuah panel pakar dengan individu yang berpengetahuan dalam industri sedemikian untuk memudahkan dan membimbing pusat itu mencapai matlamatnya.

Ini termasuk Presiden Forum Global mengenai Yayasan Kepakaran Siber dari Amerika Selatan, Encik Christopher Painter; Presiden Institut Kajian Antarabangsa Shanghai dari China, Profesor Chen Dongxiao; serta wakil daripada Institut Penyelidikan Perlucutan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Panel ini terdiri daripada ahli akademik dan pakar industri terkenal dari seluruh dunia untuk menasihati kami tentang trend dan perkembangan global yang muncul dalam domain keselamatan siber dan maklumat.

“Memandang ke hadapan, ACICE merancang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi lain untuk menawarkan negara Asean dengan pelbagai kursus, bengkel, persidangan, dialog dan kajian bersama,” kata Dr Ng.

Semasa pelancaran itu, Dr Ng turut mengumumkan bahawa ACICE akan menaja dua peserta dari setiap negara Asean untuk menghadiri kursus asas keselamatan siber yang akan diadakan di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >