Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dialog Shangri-La ke-20

Menteri pertahanan lima negara sahkan komitmen terhadap FPDA

Jun 03, 2023 | 05:12 PM



MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menganjurkan sesi bersarapan bersama rakan sejawatannya dari Australia, Malaysia dan New Zealand serta Setiausaha Negara bagi Pertahanan United Kingdom pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Encik Richard Marles; Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan New Zealand, Encik Andrew Little dan Setiausaha Negara bagi Pertahanan United Kingdom, Encik Ben Wallace, menghadiri acara sarapan itu sempena Dialog Shangri-La ke-20.

Semasa sarapan tersebut, para menteri itu mengesahkan komitmen negara mereka terhadap Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan mengiktiraf kemajuan ketara yang telah dicapai FPDA sejak penubuhannya pada 1971.

Mereka membincangkan kepentingan FPDA sebagai aturan yang membina dan aman, yang telah menjadi pengukuh keselamatan dan kestabilan serantau, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan (Mindef).

Para menteri itu juga bersetuju bahawa FPDA menyediakan platform kepada tentera negara-negara anggota memperkukuh kesalingoperasian dan meningkatkan kerjasama melalui latihan tetap seperti Latihan Bersama Shield dan Latihan Bersama Lima.

Selain itu, mereka juga bertukar pandangan tentang cara meningkatkan kerelevanan FPDA dengan mengukuhkan nilai operasi latihan dalam bidang konvensional dan meningkatkan kerjasama dalam domain bukan konvensional dalam menghadapi cabaran keselamatan kontemporari.

Di samping itu, Dr Ng turut mengadakan perbincangan meja bundar dengan 29 menteri dan wakil mereka pada Sabtu.

Mereka telah membincangkan pelbagai isu termasuk pengajaran daripada dan implikasi perang Russia-Ukraine, kesan ketegangan Amerika Syarikat-China ke atas rantau Asia-Pasifik serta situasi di Semenanjung Korea.

Para menteri menegaskan kepentingan dialog terbuka dan terus terang serta menegakkan perintah antarabangsa berasaskan peraturan.

Mereka juga bersetuju tentang kepentingan bekerjasama dalam membangunkan pembinaan keyakinan dan langkah-langkah pencegahan konflik serta mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >