Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura lantik duta ke Thailand, Israel

Oct 31, 2023 | 08:49 PM



Pemerintah telah melantik Cik Catherine Wong Siow Ping sebagai Duta Singapura ke Thailand, dan Encik Ian Mak Jung-I sebagai Duta Singapura ke Israel.

Cik Wong merupakan Ketua Pengarah Direktorat Asia Tenggara I, Kementerian Ehwal Luar (MFA) sejak 2021, dan sebelum ini merupakan Duta Singapura ke Vietnam dari 2016 hingga 2021.

Beliau menyertai Perkhidmatan Luar Singapura pada tahun 1995 dan telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan mengenai isu berkaitan dengan Amerika, Asia Timur Laut dan Asia Tenggara.

Di samping itu, Cik Wong pernah berkhidmat sebagai Kaunselor (Politik) di Kedutaan Singapura di Washington dari 2006 hingga 2008 dan sebagai Konsul (Politik) di Konsulat Jeneral Singapura di Hong Kong dari 1997 hingga 2000.

Beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Direktorat Konsular dari 2012 hingga 2014, dan merupakan Ketua Pengarah Direktorat Amerika dari 2014 hingga 2016.

Cik Wong lulus dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam Komunikasi Massa pada tahun 1995, dan lulus dari Universiti Columbia di Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana Sastera dalam Sains Politik pada tahun 2003.

Beliau dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2022 dan Pingat Bakti Setia pada 2020.

Encik Mak pula menyertai Perkhidmatan Luar Singapura pada tahun 2003 dan telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan dalam isu berkaitan Asia Tenggara dan Eropah.

Beliau merupakan Setiausaha Pertama (Politik) di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dari 2007 hingga 2011, dan Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru dari 2013 hingga 2015.

Encik Mak ialah Ketua Pengarah Direktorat Asia Tenggara dari 2016 hingga 2021.

Tugasan terbaru Encik Mak ialah Penolong Ketua Eksekutif (Antarabangsa) di Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dari 2022 hingga 2023.

Pada masa yang sama, beliau merupakan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI). Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Peraturan Ekonomi di MCI dari 2021 hingga 2022.

Encik Mak lulus dari Universiti Stanford di Amerika Syarikat dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi dan juga Ijazah Sarjana Sastera dalam Kajian Dasar Antarabangsa pada tahun 2001, di bawah Biasiswa Pemerintah Singapura (Perkhidmatan Asing).

Encik Mak telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Perak) pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >