Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu mampu harungi landskap geopolitik yang semakin mencabar

Aug 20, 2023 | 09:41 PM



Dengan negara menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang positif tahun ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata beliau berharap negara ini dapat mengelak berlakunya kemelesetan dengan kadar inflasi yang menurun.

Namun, beliau menegaskan kadar inflasi itu mungkin kekal lebih tinggi daripada apa yang biasa dialami rakyat Singapura.

Berucap di Rapat Hari Kebangsaan yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central pada Ahad, Encik Lee menambah bahawa Singapura juga perlu memastikan ia mengharungi secara berhati-hati landskap sejagat dan geopolitik yang semakin bermasalah.

“Tiada buku rujukan yang sedia ada, tiada jawapan sudah tersedia ada,” ujarnya.

Setelah berjaya mengharungi pandemik Covid-19, Encik Lee berkata Singapura sedang diuji sekali lagi dengan sekitaran antarabangsa yang penuh dengan ketegangan dan ketidaktentuan ekonomi serta kesan pemanasan global.

“Dari China dan Jepun ke Eropah dan Amerika Syarikat, tiada kawasan yang terhindar daripada banjir dan kemarau, gelombang panas dan kebakaran hutan.

“Ini akan menjejas pengeluaran dan harga makanan di seluruh dunia. Kami belum merasainya sepenuhnya di Singapura, tetapi ia akan datang,” tegas Encik Lee.

Beliau percaya bahawa dari segi ekonomi, Singapura terus berkembang dan menjangkakan pertumbuhan positif pada 2023, dan akan mengharungi cabaran ini.

Dalam pada itu, Encik Lee turut berkata bahawa Singapura boleh berbangga dengan cara ia berjaya menyatukan rakyatnya semasa wabak itu.

“Tidak seperti kebanyakan negara lain, Singapura telah bangkit daripada wabak itu dengan lebih kuat, lebih berdaya tahan dan lebih bersatu. 

“Ini adalah satu penghormatan kepada semangat gigih negara kita,” katanya.

Persaingan dan ketidakpercayaan yang semakin mendalam antara Amerika Syarikat dengan China telah menjejas setiap negara.

Sementara itu, menyentuh tentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine adalah satu serangan terhadap norma dan nilai antarabangsa, tambah Encik Lee.

Dengan tekanan kian dirasakan, Encik Lee menambah bahawa peperangan itu telah memperkukuh lagi keperluan Singapura untuk memastikan ia mempunyai pertahanan yang kukuh.

“Ia adalah amaran berjaga-jaga kepada seluruh dunia untuk tidak mengambil mudah keamanan dan peringatan kepada kita tentang kepentingan penting SAF (Angkatan Bersejata Singapura) yang kuat,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >