Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej Majulah $7b sasar tambah nilai CPF tahunan warga emas kurang berumur

Bakal bantu sekitar 1.4j warga usia 50 hingga awal 60-an tahun lebih siap hadapi persaraan
Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Pakej sokongan bernilai $7 bilion yang disasarkan kepada warga emas kurang berumur – mereka yang berusia antara 50-an dengan awal 60-an tahun – telah diumumkan pada Ahad, untuk membantu golongan tersebut lebih bersedia hadapi persaraan.

Digelar ‘Pakej Majulah’, ia dijangka memberi manfaat kepada sekitar 1.4 juta warga Singapura yang berusia 50 tahun dan ke atas, iaitu mereka yang lahir pada 1973 atau sebelum itu.

Golongan ini berada dalam “kedudukan unik”, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Mereka sering kali terhimpit kerana perlu menggalas tanggungjawab menjaga orang tua yang sudah berusia dan memerlukan penjagaan kesihatan serta anak muda yang masih tinggal sebumbung dan belum berdikari sepenuhnya.

“Semua tanggungjawab ini menambah kepada bebanan anda, jadi sebagai warga emas kurang berumur, anda sememangnya bimbang tentang keperluan persaraan anda.

“Jangan risau, pemerintah akan membantu anda, anda tidak akan ketinggalan di belakang,” ujar Encik Lee semasa ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad.

Beliau berkata Pakej Majulah akan memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan rendah dan kurang harta.

Sokongan yang diberikan adalah berperingkat, berdasarkan pendapatan dan simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) individu yang layak.

Pakej Majulah terdiri daripada tiga bahagian – Bonus ‘Earn and Save’, Bonus Simpanan Persaraan (RSB), dan Bonus MediSave.

Bonus ‘Earn and Save’ merupakan tokokan tahunan yang bertujuan membantu individu membina simpanan CPF mereka sementara mereka masih bekerja sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

Pekerja berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima bonus CPF antara $400 dengan $1,000 setahun yang akan dimasukkan ke dalam akaun CPF mereka, di samping sumbangan CPF biasa.

“Jadi misalnya, bagi seseorang berpendapatan rendah berusia 55 tahun yang merancang untuk bersara pada 65 tahun, sepanjang 10 tahun, bonus ‘Earn and Save’ nya akan berjumlah $12,000 dalam simpanan CPF tambahan (termasuk faedah),” jelas Encik Lee.

Di bawah RSB pula, jika baki CPF individu yang layak belum mencapai Jumlah Persaraan Asas (BRS), beliau akan menerima bonus sekali sahaja antara $1,000 dengan $1,500.

Bonus itu juga boleh diterima golongan yang tidak bekerja termasuk suri rumah yang telah mengetepikan kerjaya mereka dan bersusah payah menjaga keluarga, dan mungkin mempunyai baki CPF yang rendah, kata Encik Lee.

Bonus MediSave sekali sahaja antara $500 dengan $1,000 juga akan diberikan kepada mereka yang layak.

“Kebanyakan warga emas kurang berumur mempunyai baki MediSave yang mencukupi.

“Namun, ramai masih bimbang tentang kos penjagaan kesihatan kerana anda tidak lama lagi akan menjadi warga emas lebih berumur.

“Jadi, Pakej Majulah akan merangkumi Bonus MediSave sekali sahaja sehingga $1,000 yang akan memberi anda beberapa penimbal tambahan bagi membantu membayar perbelanjaan perubatan dan premium insurans anda,” ujar Encik Lee.

Beliau menambah bahawa pakej tersebut juga akan memberi manfaat kepada mereka yang tergolong dalam generasi Perintis dan Merdeka.

Ini kerana pemerintah juga mahu menggalakkan warga emas dalam dua generasi tersebut agar terus bekerja selagi mana mereka mampu.

Namun, mereka yang sudah tidak bekerja juga mungkin boleh meraih manfaat daripada RSB atau Bonus MediSave.

Encik Lee berkata Kementerian Kewangan (MOF) akan mewujudkan dana baru untuk menanggung kos penuh Pakej Merdeka menggunakan sumber daripada penggal pemerintah hari ini.

“Dengan ini, kami akan menghormati komitmen tersebut tanpa membebankan generasi akan datang,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >