Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perlu waspada unsur gugat keselamatan, perpaduan

Nov 11, 2023 | 06:43 PM



Sedang Singapura berusaha menyediakan bantuan kepada Palestin, ia juga perlu berwaspada terhadap unsur-unsur yang boleh menggugat keselamatan dan perpaduan Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 

Menyatakan demikian dalam satu sesi dialog pada Jumaat mengenai keadaan di Gaza bersama sekitar 200 anggota masyarakat, Encik Masagos menggesa rakyat Singapura agar terus menyokong satu sama lain. 

“Bantulah keluarga dan rakan-rakan anda yang mungkin rasa tertekan agar mereka boleh rasa lebih tenang. 

“Saya mengalu-alukan saranan untuk bagaimana kita dapat terus menyokong satu sama lain sebagai satu masyarakat dalam masa-masa sukar ini,” ujar beliau.

Bersama Encik Masagos dalam sesi yang diadakan di Wisma Geylang Serai itu ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Tujuan sesi dialog pada sebelah malam itu ialah untuk mendengar perasaan, pandangan dan keprihatinan masyarakat berkaitan isu Gaza serta meneroka bagaimana orang ramai boleh bersama-sama untuk saling menyokong kesejahteraan keluarga, rakan-rakan serta masyarakat semasa waktu sukar seperti ini.

Dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu, Encik Masagos berkata:

“Saya bersyukur para peserta tampil berkongsi pandangan dan keprihatinan mereka secara terus terang. 

“Ada ketika kami berbeza pandangan tetapi apa yang jelas ialah kita semua mahu peperangan dihentikan, bantuan kemanusiaan segera dihulurkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dan konflik ini dihuraikan secara aman. 

“Tetapi kita mesti melakukannya secara tenang dengan fikiran yang jelas dan terbuka.”

Dalam catatan itu juga, Encik Masagos menyatakan bahawa beliau menekankan bahawa Singapura merupakan antara 120 negara yang telah menyokong resolusi gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mahu undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah di kedua-dua belah pihak.

Beliau menambah bahawa Singapura akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin seperti mana yang telah dilakukan selama bertahun lamanya.

Encik Masagos juga memberi contoh mengenai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang kini berada di Mesir untuk menyaksikan penyerahan bantuan Palang Merah Singapura (SRC) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) bagi Gaza.

“Beliau juga akan berusaha untuk bertemu para pemimpin Mesir untuk membincangkan peluang-peluang kerjasama demi menyokong mangsa-mangsa di Gaza. 

“Singapura akan terus menyokong usaha pembangunan keupayaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menerusi Pakej Bantuan Teknikal Tambahan (ETAP) bernilai $10 juta dan mengalu-alukan para pegawai PA untuk menerima biasiswa bagi melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan di universiti-universiti Singapura,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >