Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura prihatin keganasan di Myanmar, mahu Konsensus Lima Perkara segera dilaksana

Jul 12, 2023 | 09:40 PM



Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menyuarakan keprihatinan Singapura mengenai keganasan yang semakin meningkat selepas rampasan kuasa di Myanmar pada 2021.

Keganasan itu termasuk serangan udara dengan korban awam, kemusnahan kemudahan awam dan tindakan keganasan lain yang terus berlaku.

Menyatakan demikian di sesi Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) yang ke-56, Dr Balakrishnan menggesa supaya keganasan dihentikan dan pelaksanaan segera Konsensus Lima perkara oleh Tatmadaw.

Ini termasuk menggesa dialog antara semua pihak, menghentikan segera keganasan di Myanmar, pelantikan utusan khas Asean untuk memudahkan pengantaraan, bantuan kemanusiaan dan lawatan delegasi Asean ke negara itu untuk bertemu semua pihak berkenaan.

Konsensus Lima Perkara kekal sebagai asas pendekatan Asean terhadap keadaan di Myanmar, kata beliau di hari kedua mesyuarat tersebut di Jakarta yang berlangsung hingga 14 Julai 2023.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu, Dr Balakrishnan juga menekankan perlunya wakil khas pengerusi Asean mengenai Myanmar mempunyai akses kepada semua pihak berkepentingan Myanmar, termasuk Cik Aung San Suu Kyi.

Pemimpin lain yang hadir juga mengesahkan semula semakan dan keputusan para pemimpin Asean mengenai pelaksanaan kesepakatan Konsensus Lima perkara itu.

“Singapura akan terus menyokong usaha Indonesia selaku pengerusi Asean untuk menghentikan keganasan, memudahkan bantuan kemanusiaan dan menggalakkan dialog nasional yang inklusif di Myanmar, sejajar dengan Konsensus Lima Perkara,” kata MFA.

Dalam pada itu, Dr Balakrishnan mengalu-alukan Menteri Luar Ehwal Timor Leste, Encik Bendito dos Santos Freitas ke mesyuarat Asean pertamanya.

“Asean mempunyai potensi besar bagi pertumbuhan masa depan. Kami telah mengadakan perbincangan yang berhasil mengenai hijau dan ekonomi digital, termasuk berusaha ke arah mewujudkan Grid Tenaga Asean.

“Kami telah menunjukkan sokongan kepada tinjauan masa depan Asean di Indo-Pasifik sebagai asas bagi Asean melibatkan rakan kongsi luar dan memberikan mereka kepentingan dalam keamanan dan kemakmuran berterusan di rantau kita,” kata Dr Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >