Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Thai boleh teroka lebih banyak bidang kerjasama: PM Lee

Oct 12, 2023 | 08:26 PM



Singapura dan Thailand boleh meneroka lebih banyak bidang kerjasama, khususnya dalam ekonomi digital dan hijau sedang kedua-dua negara memperkukuh hubungan baik dua hala, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Ini dinyatakan Encik Lee di majlis jamuan tengah hari di Istana pada Khamis (12 Okt) sebagai penghormatan buat Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin, yang membuat lawatan rasmi pertamanya ke republik ini.

Encik Srettha, perdana menteri ke-30 Thailand, dipilih memimpin negara itu selepas memenangi pilihan raya pada Ogos lalu.

“Kami mengalu-alukan minat Thailand untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (Depa), yang akan memudahkan penyertaan perniagaan Thai dalam ekonomi digital dan mewujudkan peluang pertumbuhan selanjutnya yang akan membawa manfaat bagi kedua-dua negara,” kata Encik Lee.

Pada April 2021, sistem perbankan PayNow Singapura dan PromptPay Thailand melancarkan sistem pembayaran pantas rentas sempadan pertama di dunia.

Selain itu, Singapura dan Thailand bekerjasama rapat untuk meningkatkan ekonomi hijau, seperti menerusi Projek Integrasi Tenaga Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapura.

“Saya berharap dapat membina usaha ini untuk mengukuhkan kerjasama tenaga dengan Thailand, yang akan membuka potensi Asean untuk perdagangan tenaga boleh diperbaharui merentas sempadan.

“Negara kita juga harus bekerjasama lebih lanjut dalam perdagangan karbon, untuk mendapat manfaat daripada peluang pertumbuhan hijau sambil menyumbang kepada agenda iklim global,” ujar Encik Lee.

Singapura dan Thailand menikmati hubungan ekonomi, pertahanan dan pelancongan yang baik.

Pada 2022, Singapura merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Thailand, manakala negara itu rakan dagangan ke-sembilan terbesar negara ini.

Singapura juga sumber kedua tertinggi pelaburan langsung asing ke Thailand bagi separuh pertama 2023.

Perdagangan dua hala antara Singapura dan Thailand meningkat hampir satu perempat tahun ke tahun kepada $42.1 bilion, dan meningkat berturut-turut sepanjang dua tahun lalu, meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19.

Hampir 350,000 rakyat Thailand telah melawat Singapura setakat tahun ini.

“Negara kita juga berkongsi hubungan diplomatik kukuh. Kami bekerjasama rapat dalam forum serantau dan antarabangsa, terutamanya di Asean, di mana kedua-dua negara merupakan ahli pengasasnya.

“Terdapat pelbagai platform dua hala, seperti Program Pertukaran Perkhidmatan Awam Thailand-Singapura (CSEP) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Hubungan Ekonomi Dipertingkatkan Singapura-Thailand (Steer), yang membantu memajukan hubungan dua hala kita ke hadapan,” kata Encik Lee.

Pada Khamis, Encik Srettha turut melawat Plaza UOB sebagai sebahagian daripada lawatan lima harinya untuk mengukuhkan hubungan perdagangan.

Beliau disambut oleh Timbalan Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UOB, Encik Wee Ee Cheong, Presiden dan CEO UOB Thailand, Encik Tan Choon Hin, dan ahli pengurusan kanan lain.

Semasa mesyuarat itu, Encik Wee mengulangi komitmen jangka panjang UOB kepada Thailand dan berbincang dengan Encik Srettha mengenai pengukuhan hubungan untuk meningkatkan hubungan Asean melalui pelaburan langsung asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >