Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura tidak 'di belakang' terima vaksin Covid-19: PM Lee

Akur cabaran besar pengagihan vaksin pada skala global apabila ia tersedia nanti semasa wawancara sempena Forum Ekonomi Baru Bloomberg
Nov 18, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA telah membuat perancangan dengan beberapa pembuat vaksin Covid-19 untuk memastikan negara ini "bukan yang terkebelakang di barisan" apabila vaksin itu tersedia nanti, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Beliau juga memerhatikan bahawa negara Asia lebih berjaya berbanding rakan negara Barat dalam memastikan rakyat mereka mematuhi langkah-langkah mengawal pandemik, dalam satu wawancara dengan Bloomberg News yang disiarkan semalam sempena Forum Ekonomi Baru agensi berita itu.



Ditanya ketua editor Bloomberg John Micklethwait jika negara lebih kecil perlu bimbang untuk memperolehi vaksin di tengah-tengah permintaan dari serata dunia, Encik Lee berkata, sudah menjadi hakikat bahawa negara lebih besar akan cuba memastikan mereka mendapatkan vaksin itu lebih awal.



"Sayang sekali, memandangkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah membuat saranan munasabah bahawa cara terbaik bagi mengawal Covid-19 adalah dengan mempunyai skim keutamaan rasional untuk mengagihkan vaksin ke tempat-tempat di mana ia akan memberi kesan terbesar terhadap penularan," kata beliau.



"Namun untuk melaksanakannya dengan baik, dalam skala global sekitar 200 negara, saya rasa ia akan menjadi amat mencabar," tambah beliau.



Singapura telah membentuk jawatankuasa untuk mengutamakan siapa yang harus menerima vaksin dahulu apabila ia dilancarkan syarikat.



Negara ini telah mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak seperti syarikat farmaseutikal gergasi Pfizer - yang telah mengumumkan vaksinnya 90 peratus berkesan - serta saintis di Sekolah Perubatan Duke-NUS Singapura yang berganding bahu dengan firma Amerika Syarikat, Arcturus Therapeutics, yang menjangkakan akan menghantar kumpulan pertama vaksinnya dalam tempoh tiga bulan pertama tahun depan.



Encik Lee berkata beliau yakin sejumlah calon vaksin akan boleh diterima; dan dalam beberapa tahun, vaksin itu akan disediakan secara meluas dan menjadi lebih dimampui.



"Tetapi saya tidak rasa anda akan selesai melindungi penduduk dunia pada tahun depan," kata beliau.



"Tambahan, anda tidak pasti apakah risiko dan masalah yang boleh timbul. Kita perlu belajar sedang kita bergerak maju," tambah beliau.



Encik Lee juga ditanya tentang mengapa Asia telah mengawal pandemik ini lebih baik berbanding kawasan lain, dengan Encik Micklethwait membandingkan ratusan kematian bagi setiap juta orang di Amerika, Britain dan Jerman, dengan satu angka di Singapura dan China.



Beliau berkata penduduk di Asia bekerjasama dengan menggunakan pelitup atau mengamalkan jarak selamat berbanding rakyat Eropah atau Amerika "di mana selepas beberapa masa anda rasa bosan dan letih dikenakan sekatan, dan terdapat tentangan … anda mahu keluar berseronok dan minum serta berpesta".



Namun, beliau juga akur Singapura bernasib baik.



"Kita mempunyai penduduk yang agak tua, oleh itu, jika terdapat banyak kes masyarakat, saya rasa kita akan mempunyai jumlah jangkitan dan kematian yang banyak juga," kata beliau.



Dengan sebahagian besar kes sebaliknya menular dalam dormitori pekerja asing, Singapura berusaha untuk mengawal penularan, memberikan rawatan perubatan kepada pekerja dan menjaga keselamatan mereka dan penduduk umum, kata Encik Lee.



Dalam wawancara itu, beliau turut menyentuh tentang pelbagai topik termasuk hubungan Amerika dan China, perdagangan serta belanjawan Singapura.




Laporean lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >