Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura usaha kurangi pelepasan karbon dalam perlumbaan F1

Sep 08, 2023 | 05:41 PM



Penganjur kejohanan lumba kereta Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura menetapkan rancangan untuk mengurangkan sebanyak separuh pelepasan gas karbon daripada sumber tenaga yang digunakan dalam acara perlumbaan menjelang 2028. 

Ini selepas satu kajian oleh Singapore GP mengenai jejak karbon perlumbaan pada 2022 mendapati penggunaan tenaga menyumbang 96.1 peratus pelepasan karbon.

Mulai 2023, ia menyasarkan untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif mesra alam, termasuk penggunaan lampu LED di seluruh Litar Marina Bay sepanjang 4.94 kilometer (km) dan penggunaan sebanyak 1,396 panel solar yang dipasang di atas bumbung Bangunan Pit F1 pada Julai, lapor The Straits Times.


Penggunaan panel solar itu, kata Singapore GP, boleh menjana cukup tenaga elektrik bagi kegunaan bangunan tersebut sepanjang bulan itu.

Menurut kajian itu, jumlah pelepasan karbon dioksida sepanjang lima bulan – daripada penyediaan litar pada Julai kepada kerja-kerja mengemas infrastruktur pada November – adalah sebanyak 2,372 tan. 

Angka itu tidak termasuk pelepasan karbon bagi keperluan pengangkutan, logistik dan perjalanan pasukan.

Sebagai perbandingan, seorang individu di Singapura menghasilkan sekitar 8,310 kilogram (kg) karbon dioksida setahun. 

Pihak penganjur kini mengkaji penggunaan biodiesel B100, yang terdiri sepenuhnya daripada minyak berasaskan sayur-sayuran, dan peralihan daripada bahan api fosil konvensional seperti diesel menjelang 2028. 

Menurut Encik Chia Chien Chang, penganalisis utama bagi pengurusan karbon dan ekonomi kitaran Pusat Inovasi Tenaga Ecolabs Universiti Teknologi Nanyang (NTU), biodiesel B100 menghasilkan 20 peratus kurang pelepasan daripada diesel.

“Kesan perlumbaan beralih kepada menggunakan B100 pasti merangsangkan penganjur acara lain beralih kepada penggunaan biodiesel,” kata Encik Chia.

Usaha menjadikan perlumbaan GP Singapura lebih mampan adalah sejajar dengan usaha F1 mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2030. 

Walaupun sasaran yang ditetapkan Singapore GP kelihatan realistik dan boleh dicapai, Encik Chia mengingatkan tentang penggunaan sijil tenaga diperbaharui (REC) yang banyak untuk mengimbangi pelepasan. 

Sekitar 85 peratus tenaga elektrik yang digunakan dalam perlumbaan 2022 tertakluk di bawah sijil-sijil ini, kata Singapore GP

Ogos lalu, juara dunia empat kali F1, Sebastian Vettel, membuat komen mengenai jumlah pelepasan karbon yang banyak selepas perlumbaan dan sama ada terdapat usaha yang cukup untuk mengurangkannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >