Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Vietnam bincang perluas perjanjian khidmat udara

Antara bidang utama dalam usaha pertingkat hubungan dua hala kepada Kerjasama Strategik Menyeluruh 
Aug 29, 2023 | 08:42 PM



Singapura berharap dapat meluaskan lagi perkhidmatan udara dengan Vietnam, khususnya dalam membenarkan penerbangan ulang-alik Singapura, Vietnam dan negara ketiga, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. 

Ini adalah antara bidang utama yang ingin dicapai sedang negara ini berusaha meningkatkan hubungan dua hala dengan Vietnam kepada Kerjasama Strategik Menyeluruh. 

Bercakap kepada wartawan bagi menggulung lawatan rasmi tiga hari beliau ke Hanoi, Encik Lee berkata pelonggaran perjanjian khidmat udara, khususnya hak trafik kebebasan kelima dalam perkhidmatan pengangkutan ke negara ketiga, melebihi Singapura dan Vietnam adalah sesuatu yang sedang diusahakan.

Pada Isnin, Encik Lee dan Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, bersetuju meningkatkan hubungan dua hala kepada Kerjasama Strategik Menyeluruh. 

Apabila ditanya kesan peningkatan kerjasama itu, Encik Lee berkata kementerian luar dua negara ini harus bekerjasama untuk mencapai persetujuan dan menentukan apa yang diliputi dalam peningkatan itu. 

“Ini (Kerjasama Strategik Menyeluruh) adalah satu istilah, tetapi apa yang dimaksudkan istilah itu harus diusahakan oleh kementerian luar kededua negara dan perlu bekerjasama untuk mencapai persetujuan, apakah perkara baru yang ingin diterokai di bawah kerjasama ini…” ujar Encik Lee. 

“Salah satu bidang yang kami mahu usahakan dan telah disarankan kepada pihak Vietnam ialah perjanjian perkhidmatan udara.”

Menurut Encik Lee, perjanjian ini tidak bermakna merangsang perkhidmatan antara Singapura dengan Vietnam sahaja.

Perbincangan sedang berjalan berhubung hak trafik kebebasan kelima yang melebihi Singapura dan Vietnam, khususnya bagi perkhidmatan pengangkutan.

Encik Lee memberi contoh laluan penerbangan dari Hanoi ke Singapura dan kemudian dari Singapura ke negara lain. 

Hak trafik kebebasan kelima membenarkan syarikat penerbangan dari kededua negara membawa penumpang dan muatan dari salah sebuah negara itu dan membawa mereka ke negara ketiga. 

Ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi bagi sektor penerbangan dan logistik. 

“Kita perlu mengusahakan pakej substantif agar apabila kita memasuki Kerjasama Strategik Menyeluruh, ada makna di sebalik istilah baru itu,” tambah beliau.

Sementara itu, Encik Lee berkata lawatan beliau berjalan dengan baik dan beliau telah melawat Vietnam selama dua dekad, dengan beberapa kemajuan dicapai dalam bidang baru pada setiap lawatan.

“Jadi kali ini, selain menyemak pencapaian kami bersama, kami juga memandang ke depan tentang apa lagi yang boleh kami bekerjasama. Dan kami menyebut bidang seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau, maknanya bidang tenaga boleh diperbaharui dan karbon kredit dan kami juga mempunyai projek khusus yang sedang diusahakan dan kami mempunyai harapan tinggi untuk kededua pihak,” ujar beliau.

Laporan lanjut Muka 3




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >