Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura wujudkan pembeli tunggal gas sektor jana kuasa pada 2024

Oct 23, 2023 | 02:40 PM



Singapura akan menubuhkan entiti pada 2024 sebagai pembeli tunggal gas asli untuk sektor penjanaan kuasa bagi mewujudkan sistem tenaga lebih stabil dan selamat, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pada Isnin.

Pendekatan berpusat yang lebih terselaras itu merupakan penyelesaian jangka panjang selepas harga elektrik yang melonjak tinggi di Singapura sejak beberapa tahun lalu, telah mendedahkan kelemahan dalam proses pemerolehan gas negara yang didorong oleh pasaran.

Di bawah rangka kerja itu, sebuah entiti akan mengumpulkan permintaan gas daripada pelbagai syarikat penjanaan kuasa Singapura, lapor The Business Times.


Entiti itu kemudian akan mengimport gas yang diperlukan dan menjual gas itu kepada syarikat tersebut.

Dalam satu kenyataannya, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menjelaskan tiga faedah rangka kerja baru itu.

Pertama, sebagai pemeroleh tunggal, entiti itu akan mempunyai pengaruh lebih kuat dan berada dalam kedudukan lebih baik untuk berunding bagi terma kontrak yang lebih menguntungkan dan mengoptimum keperluan sistem.

Kedua, dengan skala ekonomi lebih besar, entiti itu boleh membeli gas daripada negara sumber yang pelbagai untuk mengurangkan penumpuan risiko.

Ketiga, entiti itu akan dapat memeterai kontrak gas jangka panjang, yang boleh membantu menyediakan harga dan bekalan gas yang lebih stabil.

Bercakap di persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa, Encik Gan berkata pemerintah menjangkakan pasaran minyak dan gas yang lebih tidak menentu pada masa depan.

Bagaimanapun, pengalaman Singapura sejak beberapa tahun lalu telah menunjukkan bahawa model pemerolehan gas ketika ini “tidak memberi jaminan bahawa sistemnya, secara keseluruhan, akan menyediakan gas mencukupi untuk memenuhi keperluan kita semasa krisis apabila keadaan pasaran tidak menentu”.

“Memandangkan keadaan pasaran gas di peringkat global dijangka lebih tidak menentu dengan peralihan tenaga, kita perlu memikirkan semula pendekatan kita terhadap pemerolehan gas,” jelas Encik Gan.

Beliau berkata rangka kerja baru itu akan menyediakan asas lebih kukuh untuk Singapura meneruskan peralihan tenaganya, yang melibatkan sektor tenaga mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Kini, penjanaan kuasa menyumbang sekitar 40 peratus daripada pelepasan negara.

Pada masa ini, rangka kerja pemerolehan gas Singapura didorong pasaran, di mana setiap syarikat penjanaan kuasa memutuskan jumlah dan tempoh kontrak gas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing dan empat pembekal gas asli cecair (LNG) yang diberi lesen oleh EMA kemudian mengimport gas berdasarkan permintaan yang dinyatakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >