Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Stesen MRT Raffles place jadi ‘sasaran pengganas’

May 25, 2023 | 03:44 PM



SERAMAI 250 individu terlibat dalam satu latihan kesediaan kecemasan awam yang dianjurkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) di stesen MRT Raffles Place pada Rabu pagi.

Latihan kod “Exercise Ferrovia”, itu bertujuan membuat penilaian kepada penyelarasan dan tindak balas antara agensi dalam menangani serangan keganasan.

Latihan itu dilancarkan dengan kerjasama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT Trains.

Mengulas tentang latihan tersebut, Komander Perintah Keselamatan Pengangkutan Awam, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) polis, Masagoes Idris Hussain berkata dengan ancaman yang sentiasa berubah ia penting bagi agensi Home Team terus bekerja sama untuk menangani ancaman di sini.

“Dengan landskap keselamatan yang sentiasa berkembang dan rangkaian pengangkutan awam menjadi sasaran utama pengganas, Latihan Ferrovia membolehkan agensi Home Team bekerjasama dengan LTA dan pengendali pengangkutan awam untuk menilaikan pelan kontingensi kami dan mengukuhkan penyelarasan kami supaya dapat bertindak balas dengan berkesan semasa kecemasan,” katanya.

Sekitar satu pagi, latihan tersebut bermula dan dua senario berlainan telah dilakukan.

Senario pertama melibatkan pegawai TransCom, Divisyen Polis Central dan Pasukan Operasi Khas (SOC) unit K-9 yang bertindak balas terhadap kes beg tanpa pengawasan di Raffles Xchange pada waktu puncak petang berikutan pengesanan melalui CCTV SMRT.

Senario kedua pula adalah serangan yang dirancangkan di stesen MRT Raffles Place yang melibatkan tiga penyerang. Pegawai dari TransCom, Divisyen Polis Central dan Kontinjen Gurkha akan dikerahkan untuk menguruskan tersebut, menangani penyerang dan bekerjasama rapat dengan pegawai SCDF untuk memudahkan penyelamatan mangsa.

Menjelang latihan itu, Polis menjalankan sesi perbincangan mengenai tempoh kecemasan atau table-top exercises dengan pengendali pengangkutan darat awam untuk melengkapkan dan menyegarkan pengetahuan serta keupayaan kakitangannya untuk bertindak balas dengan berkesan semasa kecemasan.

Sebelum ini, latihan diberi Exercise Quicksand di stesen MRT Tampines West diadakan pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >