Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Struktur bangunan dekat tapak bom didapati selamat: BCA

Sep 27, 2023 | 05:12 PM



Semua bangunan dekat tapak binaan di Upper Bukit Timah di mana bom Perang Dunia Kedua (WWII) diletupkan pada Selasa lalu adalah selamat dari segi struktur untuk penduduk pulang, kata Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Rabu.

Beberapa kerosakan di kawasan umum kondominium Hazel Park, termasuk kaca retak, plaster tertanggal dari siling dan bal lampu yang terjatuh, adalah kerosakan bukan struktur, tambah pihak berkuasa itu, seperti dilaporkan The Straits Times.


“Ada (kerosakan) yang mungkin disebabkan kesan letupan, dan ada yang mungkin disebabkan kerosakan sedia ada sebelum operasi pelupusan ini,” jelas BCA.

Ejen pengurusan Hazel Park telah mengepung kawasan yang mengalami kerosakan sebagai langkah keselamatan dan menjalankan kerja pembaikan kecil, tambahnya.

Pasukan seramai 46 jurutera BCA telah memeriksa bangunan Hazel Park dan bangunan lain dalam lingkungan 200 meter dari tapak bom itu, selepas bom seberat 100 kilogram itu dimusnahkan dalam dua letupan terkawal. Semua bangunan didapati selamat dari segi struktur.

BCA berkata: “Bangunan di Singapura direka dengan struktur yang dapat menahan gegaran, termasuk kesan letupan dari jarak tertentu.”

Para penduduk kondominium Hazel Park dinasihatkan agar mengambil perhatian terhadap sebarang kerosakan yang berlaku dan memaklumkan ejen pengurusan agar ia dapat mengambil tindakan susulan dan melakukan kerja pembaikan, tambahnya.

Dalam operasi pemindahan terbesar di Singapura melibatkan bom lama WWII itu, lebih 4,000 penduduk dalam lingkungan 200 meter dari tapak bom itu telah diarahkan mengosongkan rumah mereka pada Selasa pagi, sebelum bom itu diletupkan.

Para penduduk dimaklumkan bahawa keadaan selamat untuk mereka pulang ke rumah sekitar 5 petang pada hari itu, sekitar sembilan jam selepas mereka berpindah.

Di Hazel Park, sebilangan penduduk yang pulang ke kondominium itu mendapati beberapa tingkap retak, bal lampu pecah dan sebahagian plaster siling tertanggal di kawasan umum kondominium itu.

Seorang penduduk Hazel Park, Encik Rafael Ansey, berkata beliau dimaklumkan oleh pihak pengurusan kondominium itu bahawa terdapat tingkap yang retak di lobi sebuah blok.

Jurutera sofwe berusia 35 tahun itu menambah bahawa beberapa jirannya di unit yang menghadap tapak letupan itu mendapati bal lampu di rumah mereka pecah.

Bom udara itu dimusnahkan dengan jayanya oleh pasukan Pelupusan Bahan Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1.45 petang, kata polis dalam satu hantaran Facebook.

BCA, agensi air negara, PUB, pengendali grid, SP Group dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah menilai tapak binaan di kawasan itu selepas operasi letupan bom itu, kata polis.

Para penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas longkang dan saluran paip berdekatan, serta bangunan dan jalan raya yang dikosongkan, didapati selamat dari segi struktur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >