Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Struktur runtuh di Bernam Street: Siasatan sedang dijalankan

Jun 16, 2023 | 04:20 PM



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah memulakan siasatan terhadap insiden runtuhnya struktur bangunan di kawasan Tanjong Pagar yang mengakibatkan kematian seorang pekerja.

Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi kededua penghuni dan majikan perlu menjelaskan kepada MOM dan secara peribadi bertanggungjawab untuk melakukan pembetulan.

Sehingga kini, MOM telah mengarahkan penghuni tapak kerja untuk menghentikan semua kerja dan telah memulakan siasatan terperinci terhadap insiden tersebut. Encik Zaqy menekankan bahawa setiap kejadian di tempat kerja adalah peringatan penting bahawa keselamatan di tempat kerja tidak boleh diabaikan.

Encik Zaqy menyatakan: “Setiap kejadian di tempat kerja adalah peringatan yang suram bahawa kita tidak boleh memandang remeh tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Kita mungkin telah keluar daripada Tempoh Keselamatan yang Dipertingkatkan, tetapi kita mesti terus berwaspada.”

Dalam satu catatan di laman Facebooknya, Encik Zaqy menggesa pekerja untuk menjaga satu sama lain dan melaporkan amalan tempat kerja yang tidak selamat kepada penyelia, pemimpin kesatuan atau MOM.

Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Melvin Yong, menyambut baik siasatan tersebut dan menyatakan bahawa siasatan segera dan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan punca dan faktor yang menyumbang kepada runtuhan bangunan serta kehilangan nyawa di Bernam Street.

Menurut Encik Yong, siasatan itu harus merangkumi semua aspek projek, termasuk perancangan, penilaian risiko, latihan pekerja, penyeliaan, dan pematuhan peraturan keselamatan. Beliau menjelaskan bahawa walaupun jumlah kematian di tempat kerja dilaporkan rendah pada tahun 2023, adalah penting untuk mengurangkan semua potensi risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kerana setiap pekerja berhak mendapat tempat kerja yang selamat.

Beliau menekankan bahawa setiap kematian di tempat kerja memberi kesan besar kepada kehidupan pekerja dan keluarga mereka yang sering bergantung kepada mereka sebagai pencari nafkah tunggal.

Laporan lanjut di Muka 3




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >