Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk ratapi cucu saudara yang maut terperangkap di bawah runtuhan

Jun 16, 2023 | 04:26 PM



Selama dua jam, beliau mengawal emosi ketika anggota penyelamat memotong besi dan konkrit untuk mengeluarkan cucu saudaranya, Encik Vinoth Kumar, yang terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan Menara Fuji Xerox di Bernam Street, dekat Tanjong Pagar, runtuh semasa kerja-kerja perobohan.

Kemudian sekitar 10 malam pada Khamis, Encik Raja Manickam, 44 tahun, diberitahu bahawa mereka telah menemui lelaki berusia 20 tahun itu. Dia terkorban dalam kejadian itu.

“Saya hanya mampu menangis. Ia amat menyedihkan.

“Dia anggota keluarga, dan ‘anak’ saya. Dia membesar bersama saya dan saya menjaganya.

“Berapa lama lagi saya boleh terus menangis,” kata Encik Raja kepada The Straits Times setelah beliau di tanya untuk mengenal pasti cucu saudaranya.


Apabila beliau mendapat berita bahawa Encik Vinoth hilang di tapak kerja itu, Encik Raja bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada 8 malam. Beliau berasa bertanggungjawab ke atas anak muda itu.

Encik Raja, seorang penyelia di Aik Sun Demolition and Engineering, memberitahu Encik Vinoth tentang peluang bekerja di syarikat itu.

Kedua-duanya bekerja bersama syarikat itu. Beberapa saudara lain juga turut bekerja di syarikat yang sama.

Anak muda itu, yang mempunyai diploma dalam kejuruteraan mekanikal daripada sebuah sekolah di Tiruchirappali, di Tamil Nadu, tiba di Singapura pada September 2022.

Encik Raja berkata cucu saudaranya sebelum ini berhasrat membantu ibu bapa dan adik lelakinya keluar daripada kemiskinan di Tamil Nadu.

Beliau menambah bahawa Encik Vinoth adalah “lelaki muda yang sangat bertanggungjawab”, yang akan dengan tekun menghantar wang pulang ke rumahnya kepada keluarganya setiap bulan.

Ibu bapanya mendapat gaji harian kira-kira $3 hingga $4 setiap seorang, kata Encik Raja.

Bapa Encik Vinoth melakukan kerja-kerja rencam dan bekerja di ladang, manakala ibunya seorang buruh yang membawa beg simen di tapak pembinaan.

Anak bongsu mereka, berumur 17 tahun, masih belajar.

“Dia seorang pemuda yang sangat bertanggungjawab. Dia hanya membelanjakan wang untuk makanan, dan walaupun begitu, hanya apa yang dia perlukan untuk menampung dirinya.

“Dia tidak membeli teh untuk dirinya sendiri kerana bimbang kosnya terlalu mahal,” kata Encik Raja dalam bahasa Tamil.

Encik Vinoth dilaporkan hilang setelah struktur bangunan sekitar 10 meter panjang dan 3.8 meter tinggi, di sebahagian Menara Fuji Xerox, terbenam di jalan raya ketika ia dirobohkan.

Operasi mencari dan menyelamat mengambil masa lebih enam jam sebelum mayatnya ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >