Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baru tiga hari bernikah, wanita ini dapati suami baru bersikap ganjil

‘Suamiku tak gila’

Sep 27, 2023 | 11:35 AM



Setelah perkahwinan pertamanya gagal, Cik Mulyani Samri, 38 tahun yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan akhirnya bertemu jodoh lagi dengan seorang jejaka yang dikenalinya menerusi satu wadah cari jodoh dalam talian.

Hampir setahun berkenalan, Cik Mulyani dan Encik Muhammad Ridwan, 34 mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan baru bersama pada Mac 2022.

Malangnya dalam tempoh tiga hari selepas bernikah, pasangan itu berhadapan dengan pelbagai dugaan berat.

“Pada hari ketiga, suami saya sedang menjalani latihan dalam kem (ICT), dan saya dapat panggilan yang menyatakan beliau tidak mahu keluar dari tandas.

“Sejak dari itu, saya nampak perubahan besar pada kelakuannya. Suami saya mula mencederakan dirinya sendiri beberapa kali; merejam barang-barang, menumbuk tembok dan akan menangis,” kata Cik Mulyani.

Menurut Cik Mulyani, beliau terpaksa bertindak apabila Encik Ridwan mula mencederakannya.

“Dalam hati berkata, suami aku tak gila, suami aku tak gila. Kalau dia sayang saya, tak mungkin dia berbuat begitu.

“Akhirnya saya membuat keputusan untuk membawanya ke Institut Kesihatan Mental (IMH) dan dari situ, doktor mengesahkan beliau ada Gangguan Kemurungan Utama atau Major Depressive Disorder (MDD).”

Sejak didiagnos, Encik Ridwan tidak dapat bekerja dan isterinya Cik Mulyani terpaksa menyara hidup mereka dengan menjual epok-epok dari rumah.

“Sejauh ini pendapatan menjual epok-epok dapat membantu membiayai kos kehidupan kami, dan juga perubatan untuk suami saya,” kata Cik Mulyani yang mengaku diagnosis doktor memberikan kelegaan kepada dirinya.

“Setelah dapat tahu, saya berasa lega. Kini saya tahu cara untuk membantunya, terutama bila lihat tanda-tanda kemurungan akan datang, saya lebih faham dan akan memberinya alternatif untuk bertenang, seperti makan cokelat atau ais-krim..”

Selain menjaga suaminya, Cik Mulyani juga bertanggungjawab membesarkan anak perempuannya, Jannatul Insyirah Puteri, tujuh tahun yang dilahirkan dengan masalah Patent ductus arteriosus (PDA) atau lebih dikenali dengan sakit jantung berlubang.

Mengenai anak tunggalnya, Cik Mulyani menerangkan :

“Alhamdulillah beliau telah melalui pembedahan pada 2020 dan kini dapat berfungsi dengan normal. Sejak tahun ini, Jannah sudah dapat melakukan senaman di sekolah dan kegiatan lain seperti biasa.”

Walaupun ditimpa dugaan berat, Cik Mulyani dan suaminya bersepakat untuk mengharunginya bersama.

Tambah Encik Ridwan lagi :

“Saya sangat bersyukur mendapat isteri yang masih setia bersama sedang saya menghadapi dugaan berat ini. Sekarang saya dapat rawatan terapi dan juga perlukan ubat untuk mengawal pemikiran saya dan ini sangat membantu.”

Apabila ditanya sama ada beliau menyesali keputusannya berkahwin dengan Encik Ridwan, Cik Mulyani berhenti seketika sebelum menjawab :

“Tidak. Saya tidak menyesal. Ini dugaan dari Allah, saya terima itu. Saya akan terus bersama suami saya walaupun rintangan kami hebat,” katanya mengakhiri temubual bersama wartawan di rumah sewa mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >