Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukar tebus masa yang hilang dengan anak tapi perlu terus cuba

Jun 19, 2023 | 05:30 AM



Baru-baru ini, klip video pemenang pertandingan adu bakat American Idol , William Tongi mendendangkan lagu Monsters bersama penyanyi asal James Blunt menjadi tular di dalam talian.


Klip itu, yang Blunt kongsi di akaun media sosialnya telah disaksikan lebih 1.5 juta kali pada masa artikel ini ditulis.

Suara Tongi memang mengasyikkan dan apabila digabungkan dengan suara lunak Blunt merupakan gabungan berbisa.

Namun, penampilan Tongi, anak kelahiran Hawaii yang hampir tidak dapat meneruskan persembahan kerana diselubungi emosi, mungkin memain peranan.

Monsters adalah lagu tulisan Blunt untuk merakam perasaan kasih sayangnya terhadap bapanya.


Secara kebetulan, Tongi kehilangan bapanya beberapa bulan sebelum beliau menyertai American Idol.


Saya juga tergolong dalam kumpulan pengguna Internet yang menyaksikan klip video itu berkali-kali.

Secara tidak langsung, ia mendorong saya menilai semula hubungan saya dengan anak-anak, dengan bapa saya dan satu kesimpulan yang timbul ialah bagaimana saya kurang mendampingi mereka.

Sesungguhnya, masa bersama keluarga dan anak-anak tidak pernah mencukupi, terutama dalam keluarga di mana kededua orang tua bekerja.

Justeru, mungkin seperti ramai kaum bapa lain, saya cuba memujuk diri sendiri dengan berkata masa – seberapa sikit – yang saya luangkan dengan anak-anak atau ibu bapa kita adalah masa bermutu.

Tapi realitinya ialah masa bermutu kadangkala tidak dapat menebus semula masa yang hilang dengan anak-anak.

Dari sudut pandangan ini, kita bak bersemuka dengan masalah yang tiada huraiannya. Memang bak berdepan dengan jalan buntu. 

Namun jika diberi peluang, saya ingin percaya (atau mungkin menyakinkan diri sendiri) masa yang hilang hanya boleh ditebus jika kita secara proaktif mengorak langkah supaya masa yang dijangka hilang pada masa depan kian dikurangkan.

Paling penting lagi, anak-anak dan orang tua perlu tahu, si bapa sedang berusaha gigih untuk menjadikan impian itu satu realiti.

Perkara ini biasanya memerlukan sedikit pengorbanan. Adakalanya masa tidur, waktu ‘me time’ atau masa dengan pasangan.

Mungkin, apa yang ingin saya katakan ialah kita tidak harus berhenti mencuba untuk menebus masa yang hilang dari segi mendampingi anak-anak kita, walaupun dari satu sudut pandangan, ia perkara yang hampir mustahil dilakukan – masa yang pergi tidak akan kembali.

Apabila anak mendewasa dari usia bayi ke zaman remaja, kita tidak lagi dapat berpatah balik ke waktu anak masih bayi dan menjadi bapa yang kita sendiri idamkan.

Namun jika masa dengan anak-anak atau dengan orang tua adalah satu keutamaan, saya yakin perubahan gaya hidup sedemikian akan kurang dirasai seperti ‘pengorbanan’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >