Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukar untuk bebas pemikiran setelah beberapa dekad dalam sistem politik: George Goh

Jul 27, 2023 | 07:42 PM



Sukar untuk seseorang menjadi bebas dalam “sekelip mata” selepas berada dalam sistem politik Singapura selama beberapa dekad, kata usahawan, Encik George Goh Ching Wah, yang berminat bertanding bagi jawatan Presiden.

Pengasas peruncit Harvey Norman Ossia berusia 63 tahun itu berkata demikian pada Khamis ketika ditanya oleh media tentang perkara yang dikatakan oleh mantan menteri kanan dan juga bakal calon presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, mengenai kebebasan pemikirannya semasa pelancaran rasmi wadahnya pada Rabu.

“Jika anda 20 tahun dalam sektor awam ... anda sudah berada dalam sistem politik untuk sekian lama. Anda berada dalam kotak itu selama lebih 20 tahun,” kata Encik Goh.

“Kalau anda letak jawatan, katakan sebulan dua, kemudian anda isytihar anda jadi calon bebas. Bagi saya, saya rasa agak sukar. Bagi saya sendiri, saya tak boleh buat begitu,” tambahnya, menurut laporan agensi berita CNA.


Pada Rabu, Encik Tharman berulang kali menekankan “kebebasan pemikirannya”, dan berkata beliau “secara semula jadi, tidak berpihak”.

“Saya tidak menyesal sama sekali berada dalam PAP (Parti Tindakan Rakyat) dan berkhidmat sebagai ahli politik selama 22 tahun baik dalam Kabinet mahupun masyarakat,” katanya.

“Saya tidak ragu-ragu sama sekali bahawa dalam peranan baru saya, saya akan dapat menjangkaui politik kerana itulah sifat saya selama ini.”

Encik Goh, seorang ahli perniagaan, adalah orang kedua yang mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan presiden selepas Encik Tharman.

Mereka juga mungkin bersaing dengan mantan ketua pegawai pelaburan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), Encik Ng Kok Song.

Pada Khamis, Encik Goh ditemani isterinya, Cik Lysa Sumali, ke acara di perusahaan sosial Dignity Kitchen, di mana beliau membantu membungkus makanan tengah hari untuk warga emas.

Beliau telah meletakkan kedudukannya sebagai bebas daripada sebarang pertalian politik – satu perkara yang beliau ulangi kepada media.

“Saya seorang calon bebas, seperti semua orang tahu, kerana saya datang daripada sektor swasta,” kata Encik Goh.

“Saya tidak duduk dalam mana-mana GIC atau MAS atau syarikat berkaitan pemerintah... saya lakukan benda saya sendiri.”

Beliau berkata beliau berharap pengundi akan memberi peluang kepada sektor swasta untuk berkhidmat kepada negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >