Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Sukarelawan dan Persatuan Padi bersatu demi tingkatkan dana masjid

Aug 11, 2023 | 06:00 AM



Gotong-royong adalah salah satu langkah yang perlu dilakukan bersama untuk mewujudkan sikap saling menolong demi membantu mengumpul dana bagi masjid-masjid di Singapura.

Ia dibuktikan pada Jumaat, 4 Ogos 2023, apabila Masjid Hasanah diberikan peluang mengadakan kutipan di 68 masjid di Singapura.

Ramai sukarelawan yang tampil untuk sama-sama tolong membantu dalam pungutan tabung termasuk sukarelawan daripada masjid-masjid bahagian barat, selatan, utara dan timur.

Ini termasuk kerjasama dengan pihak pentadbir masjid, warga kerja Masjid Hasanah dan juga sukarelawan daripada masjid-masjid di Singapura yang juga terdiri daripada berbilang bangsa, seperti warga Bangladesh.

Selain daripada sukarelawan masjid, anggota Persatuan Perpaduan Amal dan Ibadah atau lebih dikenali sebagai Padi, juga tampil dengan menghulurkan bantuan. 

Menurut Ketua Persatuan Padi, Encik Jaffar Md Said, Persatuan Padi telah ditubuhkan sekitar tahun 2005 bagi menyatukan pemandu teksi untuk membuat amal.

Dengan menggunakan kenderaan teksi mereka, pemandu Padi, mengambil dan menghantar sukarelawan ke 68 masjid di Singapura bagi memudahkan pergerakan tabung ke destinasi yang ditentukan.


Salah seorang sukarelawan tersebut ialah Cik Rohaya Ibrahim, 62 tahun. 

Cik Rohaya amat teruja apabila diberi kepercayaan dan kesempatan untuk membantu mengutip dana dengan memegang tabung di Masjid Petempatan Melayu Sembawang.

“Walaupun ini kali pertama saya bantu mengutip dana, saya rasa ini tanggungjawab saya untuk sama-sama membantu sesebuah masjid,” katanya. 

Seorang lagi pekerja, Cik Syahirah Abdul Rashid, 39 tahun, pula merupakan salah seorang kakitangan Masjid Hasanah yang juga mengambil kesempatan membantu dalam projek memungut dana bersama rakan sekerja yang lain.

Beliau telah mengambil kesempatan ini untuk membawa anaknya, Haidhar, 11 tahun, dengan sama-sama melakukan pungutan di Masjid Yusuf Ishak.

Selain daripada Haidhar, ada juga remaja lain yang turut serta membantu memegang tabung di masjid-masjid lain di Singapura.

Menurut pihak Masjid Hasanah, tujuan utama memanggil anak-anak muda membantu ialah bagi melibatkan mereka serta menanam minat sukarela sejak kecil lagi di samping mengeratkan lagi ikatan antara sukarelawan masjid dengan sukarelawan Bangladesh.

Dengan adanya sukarelawan dan Persatuan Padi untuk membantu antara satu sama lain akan membangkitkan semangat meningkatkan dana bagi projek naik taraf Masjid Hasanah.


Cara Menyumbang kepada Dana Masjid Hasanah

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B2.


2. Pemindahan bank: OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang “bill reference” dengan “wakaf” atau “Infaq”. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama “LPM Hasanah”. Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Rd, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu & Ahad: 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >