Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan pelbagai anggota masyarakat bentuk definisi meritokrasi S’pura seterusnya: Chun Sing

Jun 12, 2023 | 06:50 PM



Meritokrasi di Singapura harus melibatkan sumbangan kolektif daripada semua anggota masyarakat yang berbeza berdasarkan keupayaan terbaik mereka melebihi pencapaian peribadi, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Definisi merit yang lebih terangkum ini akan dapat menyatukan Singapura, tambah beliau.

Berucap semasa di Persidangan Ulang Tahun ke-35 Institut Pengajian Dasar (IPS) pada Isnin, Encik Chan berkata:

“Definisi merit yang lebih terangkum boleh menyatukan kita kerana ia membolehkan kita menghormati dan memberi ganjaran bagi kebolehan yang berbeza, dan membina maruah bagi kekuatan masing-masing, jadi kepelbagaian adalah sumber perpaduan untuk kita, bukan sumber perselisihan.”

Pada acara di Pusat Konvensyen dan Expo Sands itu, Encik Chan meninjau semula definisi kejayaan dan meritokrasi di Singapura ketika negara ini berdepan dengan cabaran baru dan kebimbangan mengenai jurang yang semakin meningkat dalam masyarakat.

“Meritokrasi telah membantu Singapura berjaya sepanjang 50 tahun lalu, tetapi melainkan kita secara sedar terus mengukuhkan sistem dan mengelakkan kesulitan yang tidak diduga, ia mungkin tidak dapat terus berbuat sedemikian bagi 50 tahun akan datang.

“Tetapi hanya kerana ada cela dalam meritokrasi, seperti sembarang sistem lain... tidak bermakna kita harus melepaskannya sama sekali,” kata beliau.

Persoalannya ialah bagaimana meritokrasi dapat membantu Singapura menjadi lebih relevan, berdaya saing dan bersepadu pada masa hadapan, ujarnya. 

Encik Chan berkata matlamat ini dapat dicapai dengan menarik individu dan idea terbaik, mencari bakat terbaik yang pelbagai, dan menghormati serta memberi ganjaran bagi kebolehan yang berbeza.

“Paling penting, meritokrasi mesti digabungkan dengan nilai yang betul – rasa berterima kasih atas apa yang telah kita terima dan belas kasihan terhadap mereka yang tidak mempunyai kelebihan ini dalam hidup, dan rasa tanggungjawab kolektif untuk kita sama-sama meningkatkan semua orang,” tambahnya.

Dalam perbincangan panel bersama Profesor Madya Daniel Goh daripada Universiti Nasional Singapura (NUS), dan Profesor Madya Jason Tan daripada Institut Pendidikan Nasional (NIE) di persidangan itu, Encik Chan berkata:

“Saya ingin melihat Singapura berkembang menjadi sebuah masyarakat di mana kita boleh mencari kejayaan bukan dengan pencapaian kita sendiri sahaja, tetapi, sebaliknya, melalui sumbangan kita.

“Tidak kira apa kedudukan hidup seseorang, sama ada kita kaya atau miskin, sama ada kita berkecenderungan akademik atau sebaliknya, kita semua boleh menyumbang. Dan sumbangan anda mestilah setimpal dengan kemampuan anda.”

Beliau juga mendedahkan Anugerah Edusave, yang diberi kepada pelajar untuk mendorong mereka yang cemerlang di sekolah, akan diperluas untuk mengiktiraf mereka yang telah menyumbang kepada sekolah masing-masing dan masyarakat.

Anugerah itu diberi oleh Kementerian Pendidikan (MOE) secara tradisinya kepada pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik.

Bagaimanapun, dari masa ke masa, ia telah berkembang meliputi aspek lain, seperti kegiatan kokurikulum, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >