Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERTAHANAN

Syarat permit keluar S'pura bagi anggota NS dilonggarkan mulai April

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



MULAI April, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (Nsmen) hanya perlu memohon Permit Keluar (EP) apabila mereka meninggalkan Singapura buat tempoh 12 bulan atau lebih, satu kelonggaran berbanding tempoh sedia ada iaitu enam bulan atau lebih.



Ini lantas mencerminkan mobiliti warga Singapura yang semakin meningkat, dengan ramai Nsmen bekerja atau berada di luar negara buat tempoh lebih lama, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How.



"Izinkan saya memberi jaminan bahawa kami telah mengkaji perkara ini dengan amat teliti, dan kesediaan operasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak akan terjejas akibat perubahan ini," ujarnya sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) di Parlimen pada Isnin.



Di bawah Akta Pendaftaran, hukuman kerana berada di luar Singapura tanpa permit keluar yang sah adalah penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $10,000 atau kedua-duanya sekali.



Encik Heng turut berkata menjelang 2025, mereka menjangkakan seramai 500 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) akan dimasukkan ke Skim Bekerja sambil Belajar (WLS) setiap tahun.



Di bawah WLS, NSF boleh mendapatkan diploma atau sebahagian kredit universiti daripada institut pengajian tinggi (IHL), sambil menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa, diikuti perkhidmatan tetap.



Mereka, kata Encik Heng, dilatih dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), pengurusan rantaian bekalan, dan kejuteraan, yang membolehkan mereka untuk dikerahkan sebagai pakar digital, penyelia bekalan, dan teknisyen.



Mindef telah meluaskan WLS kepada domain baru, yang merupakan yang keenam, bagi Pakar Sistem Perang Tentera Laut.



Ini membolehkan NSF yang masuk mulai September 2023, mengikuti program diploma dalam Kejuruteraan (Teknologi Mekanikal) dari Politeknik Singapura.



Inisiatif baru ini merupakan sebahagian daripada usaha Mindef untuk memaksimumkan sumbangan anggota perkhidmatan dengan mengembangkan kemahiran mereka, serta memperkukuh sistem NS.



Selain itu, sebuah kemudahan serantau untuk menangani ancaman keselamatan siber dan maklumat akan ditubuhkan di Pusat Kawalan dan Komand Changi di Pangkalan Tentera Laut Changi pada suku ketiga 2023.



Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber dan Maklumat Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean ADMM (ACICE) itu ditubuhkan pada Jun 2021 berlatarbelakangkan pendigitalan pesat dan peningkatan dalam serangan siber, dan maklumat salah.



Mengulas tentang peranan ACICE, Encik Heng berkata:



"Pusat ini menggalakkan perkongsian maklumat dan penyelidikan dalam kalangan negara rakan mengenai ancaman maklumat dan keselamatan siber yang muncul.



"ACICE telah mula berkongsi produk dengan semua negara rakan. Pembinaan pusat fizikal ACICE juga sedang dijalankan."



ACICE terdiri daripada tiga pusat iaitu Pusat Keselamatan Siber, Pusat Maklumat dan Pusat Penyelidikan.



Encik Heng turut mengumumkan bahawa untuk menghargai sumbangan anggota Nsmen, National Service Resort & Country Club (NSRCC) akan membina hab sosial dan rekreasi yang menampilkan kemudahan mesra keluarga, kemudahan sukan serta chalet yang dapat dimanfaatkan Nsmen.



Butiran lanjut akan diumumkan kelak.




SEKILAS INISIATIF BARU MINDEF



 



Skim Bekerja Sambil Belajar (WLS) Keenam



- Untuk Pakar Sistem Peperangan Tentera Laut (sistem marin/ elektrik dan kawalan) anggota NSF boleh raih Diploma Kejuruteraan (Teknologi Mekanikal) secara separuh masa.



- 450 NSF telah daftar dalam lima skim WLS sejauh ini.



Kelonggaran syarat Permit Keluar (EP) bagi NSmen



- Mulai April 2023, NSmen hanya perlu mohon EP jika keluar negara buat tempoh 12 bulan dan lebih.



Pelancaran Hab Sosial dan Rekreasi National Service Resort & Country Club (NSRCC) baru di Changi



Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber dan Maklumat ADMM (ACICE) akan dilancarkan secara rasmi di Singapura pada suku ketiga 2023



Program Sentinel ditawarkan kepada lebih ramai pelajar dan sekolah



- Lengkapi belia dengan kemahiran digital dan keselamatan siber yang boleh disumbang kepada pertahanan digital Singapura.



Penubuhan Kolektif Pertahanan Singapura (DCS)



- Bina daya tahan melalui perkongsian cerita dan pengalaman bersama.



- DCS akan urus semua muzium Mndef/SAF secara berpusat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >