Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat, pemerintah harus bangunkan bakat S’pura bagi jawatan penting firma global

Orang Asia masih kurang diwakili dalam peranan kepimpinan, menurut laporan SBF
Jun 09, 2023 | 04:59 PM



Syarikat di Singapura harus mempunyai hala tuju yang jelas untuk membangunkan bakat tempatan dengan kepakaran antarabangsa, terutama sekali jika mereka telah menerima sokongan kerajaan, menurut satu laporan pada Jumaat.

Laporan oleh Perikatan Bertindak untuk Pembangunan Kepimpinan Perniagaan (AfA-BLD) yang diterajui Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) juga mengandungi beberapa cadangan lain.

Antaranya, pemerintah harus memberi insentif kepada syarikat untuk menjejaki, mengurus dan meningkatkan perwakilan warga Singapura dalam peranan yang lebih tinggi.

AfA bekerjasama dengan pemerintah untuk melakar prototaip idea dan penyelesaian perniagaan.

Laporan itu dibentangkan dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, di Hotel Fullerton.

Walaupun Asia merupakan rantau yang paling pesat berkembang, orang Asia masih kurang diwakili dalam peranan kepimpinan dalam firma global, kata laporan itu.

Pengarah eksekutif divisyen advokasi dan dasar SBF, Encik Albert Tsui, menyatakan walaupun sebilangan warga Singapura telah dilantik ke jawatan kanan serantau dan ketua negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkata terdapat potensi untuk jumlah ini dipertingkatkan lagi.

“Jalur pelaburan langsung asing yang teguh di Singapura seharusnya memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Singapura untuk mengambil peranan kepimpinan,” kata beliau.

Laporan itu membentangkan enam cadangan untuk individu, syarikat dan pemerintah.

Salah satu cadangan untuk syarikat adalah untuk mempunyai “hala tuju untuk menarik, mengekalkan dan memperkasakan bakat tempatan dengan pengalaman antarabangsa”.

Sebagai contoh, syarikat multinasional di sini boleh membangunkan warga Singapura untuk mengambil peranan yang lebih tinggi melalui pertukaran dua hala di seluruh pejabat serantau.

Ini boleh terdiri daripada latihan amali atau ‘internship’ di luar negara bagi tempoh yang lama.

Firma yang berpangkalan di Singapura boleh memupuk rangkaian global melalui penyertaan dalam misi perniagaan luar negara, pameran perdagangan dan persidangan.

Syarikat tersebut juga harus membolehkan warga Singapura memegang jawatan antarabangsa dengan menyokong keperluan keluarga mereka, seperti memudahkan bekerja di luar negara untuk menemani pasangan masing-masing.

AfA-BLD juga telah membangunkan prototaip Indeks Mobiliti Modal Insan Singapura, dengan berunding dengan pemerintah dan rakan kongsi penyelidikan.

Indeks ini bertujuan untuk mengukur amalan pembangunan tenaga kerja korporat syarikat, khususnya dalam pembangunan kepimpinan, merentas enam petunjuk utama.

Indeks sedemikian boleh digunakan untuk mengenal pasti dan meraikan syarikat Singapura dengan amalan pembangunan kepimpinan yang progresif, atau untuk analisis yang lebih mendalam di peringkat syarikat.

Ia juga boleh menetapkan piawaian untuk pembangunan modal insan dan kepimpinan, untuk digunakan sebagai sebahagian daripada laporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

SBF akan membentuk kumpulan kerja awam-swasta yang terdiri daripada wakil pemerintah, penyelidikan dan perniagaan untuk meneroka penggunaan kes-kes berpotensi untuk indeks tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >