Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat S’pura raih markah tinggi dalam tadbir urus korporat

Aug 02, 2023 | 05:28 PM



Syarikat yang tersenarai dalam Singapore Exchange telah memperbaiki amalan tadbir urus korporat dan ketelusan dalam laporan kewangan, melalui kad skor tahunan yang telah dibangunkan badan-badan industri dan perakaunan serta ahli akademik, lapor The Business Times (BT).


Markah di Indeks Tadbir Urus dan Ketelusan Singapura (SGTI) meningkat dengan ketara pada 2023 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini juga sama bagi kategori umum, kategori pengurusan amanah pelaburan hartanah (Reit) dan kategori syarikat amanah.

Demikian menurut kenyataan pada Rabu oleh CPA Australia, Pusat Tadbir Urus dan Kelestarian (CGS) Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Institut Pengarah Singapura.

Dalam kategori umum, indeks meningkat ke 74.8 mata pada 2023 dari 70.6 mata dari 2022 – menjadikannya peningkatan terbesar sejak 2020.

Singtel kembali ke kedudukan teratas berbanding Sats dengan meraih 120 mata. Syarikat telekomunikasi itu berada di tempat pertama antara 2015 dan 2019, sebelum syarikat pengendalian darat dan katerer menduduki tempat itu dari 2020 hingga 2022.

Sats jatuh ke tempat kedua pada 2023, setanding dengan bank DBS yang memiliki kedudukan yang sama pada 2022.

Antara Reit dan syarikat amanah, index juga meningkat ke 89.3 mata, dari 85.3 mata pada 2022.

CapitaLand Ascott Trust mengekalkan kedudukan tertingginya. Far East Hospitality Trust di tempat kedua manakala Capitaland Ascendas Reit jatuh ke tempat ketiga pada 2023.

Untuk kedudukan 2023, pengkaji menilai laporan tahunan, dengan 474 syarikat yang tersenarai serta 43 Reit dan syarikat amanah. Laporan tahunan ini dikeluarkan pada 31 Mei.

Profesor Lawrence Loh, pengarah CGS, berkata peningkatan dalam SGTI pada 2023 mencerminkan usaha berterusan syarikat untuk menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.

“Yang paling penting ia terserlah bahawa asas untuk tadbir urus telah dibina dan syarikat bersedia memberi penekanan kepada kemampanan untuk masa depan.

“Sesungguhnya, amalan perniagaan yang mampan menjadi perkara paling penting untuk penciptaan nilai jangka masa panjang dan kepercayaan pihak berkepentingan,” kata Prof Loh.

Syarikat dalam kategori umum dinilai berdasarkan lima kriteria, iaitu tanggungjawab lembaga pengarah, hak pemegang saham, penglibatan pihak berkepentingan, akauntabiliti dan audit serta penzahiran dan ketelusan.

Peratusan syarikat yang mendedahkan amalan dan penglibatan pihak berkepentingan mengalami peningkatan paling ketara, dengan peningkatan dalam markah purata sebanyak 9 mata peratusan untuk mencapai 70 peratus.

Walaupun ada peningkatan dalam skor purata kesemua lima kriteria, tanggungjawab lembaga pengarah dan penzahiran dan ketelusan kekal sebagai pemarkahan terendah, dengan skor purata di bawah 70 peratus.

Dua bank tempatan kekal di tempat 10 teratas. UOB kekal di tempat keempat, manakala OCBC turun satu kedudukan ke tempat kelapan. Setanding dengan OCBC adalah syarikat makanan dan minuman, Del Monte Pacific, yang berada di tempat 10 teratas berbanding tempat ke-12 pada 2022.

Reit dan syarikat amanah dinilai bedasarkan kriteria yang sama seperti kategori umum. Namun, ada penilaian tambahan antara lain mengenai struktur, transaksi, kecekapan pengurus Reit dan pengurus pemegang amanah.

BT merupakan rakan media strategik untuk kajian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >