Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahap kepercayaan warga S’pura terhadap Home Team ‘amat tinggi’: Tinjauan

May 24, 2023 | 08:05 PM



TINJAUAN Persepsi Awam Home Team terbaru yang dijalankan pada akhir 2022 menunjukkan bahawa warga Singapura terus mempunyai tahap kepercayaan yang amat tinggi terhadap Home Team, kata Menteri Ehwal dalam Negeri, Encik K Shanmugam.

Berkongsi hasil tinjauan terkini itu, Encik Shanmugam berkata 95.1 peratus warga yang ditinjau mengatakan mereka secara peribadi percaya kepada Home Team.

Ini merupakan peningkatan 3 peratusan mata berbanding pada 2021.

Sebanyak 93.5 peratus juga berkata mereka yakin akan kebolehan Home Team memastikan Singapura aman dan selamat - bilangan tertinggi sejak tinjauan tersebut mula dilakukan pada 2016.

Encik Shanmugam berada di Majlis Kenaikan Pangkat Home Team di Hotel Orchard pada 24 Mei.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan Home Team mempunyai pegawai profesional yang melalui latihan baik serta berpegang pada nilai-nilai utuh.

Home Team juga perlu terbuka dan jujur dengan orang awam, selain memastikan ia mempunyai proses dalaman yang ketat untuk menangani pegawai yang melakukan kesalahan.

Namun, pada masa yang sama, ia mesti mempertahankan pegawainya apabila mereka diserang dengan tidak adil.

Tanggapan orang awam terhadap Home Team adalah penting, tegas Encik Shanmugam.

“Kami harus kerap memberitahu orang apa yang kami lakukan dan bersikap terbuka untuk berkongsi cerita tentang tugas dan pegawai kami.

“Pendekatan ini membolehkan orang ramai memahami lebih dekat pegawai Home Team, mengaitkan dengan lebih baik tugas yang mereka lakukan, menghapuskan mitos dan salah tanggapan dan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang kerja sukar yang dilakukan oleh pegawai kami untuk memastikan Singapura aman dan selamat,” kata beliau.

Memberi contoh, beliau berkata agensi-agensi Home Team kebelakangan ini telah memberi lebih banyak akses kepada kemudahannya serta berkongsi maklumat operasi bagi dokumentari dan laporan yang diterbitkan.

Encik Shanmugam juga berkata pegawai Home Team mesti mengekalkan standard tingkah laku lebih tinggi dan mempunyai proses dan struktur dalaman yang teguh dan ketat untuk memastikan hal tersebut.

“Kami tidak boleh dan tidak patut teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang melakukan kesalahan agar kerja baik beribu-ribu pegawai lain tidak tercemar.

“Namun, pada masa yang sama, saya juga menekankan kepentingan membela pegawai dan dengan pantas dan tegas membasmi kepalsuan apabila ada pegawai yang diserang secara tidak adil,” ujarnya.

Tambahnya, Home Team perlu bekerja keras untuk memelihara kepercayaan orang ramai dan mempertahankan tindakan yang mereka ambil bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di peringkat antarabangsa.

Ini lebih-lebih lagi dalam persekitaran hari ini di mana media sosial, kecerdasan buatan (AI) dan ‘deep fake’ boleh dieksploitasi dengan mudah.

“Jika kita tidak berbuat demikian, perlahan-lahan, salah tanggapan boleh berakar umbi, yang akhirnya boleh menyebabkan orang ramai melihat Home Team secara negatif dan pegawai kita dengan syak wasangka sekali gus menggugat kepercayaan tinggi yang kami ada dengan orang awam,” ulas Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >