Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang bas sekolah naik 13% Jan 2024 bagi kekalkan khidmat

Oct 04, 2023 | 04:18 PM



Kementerian Pendidikan (MOE) membenarkan pengendali bas sekolah menaikkan tambang dan had tambang bagi sekolah arus perdana di bawah kontrak sedia ada sebanyak 13 peratus mulai 1 Januari 2024, bagi membantu kemampanan perkhidmatan bas sekolah di tengah-tengah kenaikan kos operasi.

Pada masa sama, subsidi bas sekolah di bawah Skim Bantuan Kewangan MOE dinaikkan daripada 60 peratus kepada 65 peratus untuk membantu pelajar dan ibu bapa mereka menghadapi kenaikan tambang bas itu.

Demikian dinyatakan Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, di Parlimen pada Rabu, ketika menjawab soalan Cik Denise Phua Lay Peng (GRC Jalan Besar) tentang bagaimana keluarga pelajar yang terjejas akan diberi sokongan.

Cik Gan berkata sekolah akan terus memberi sokongan kewangan tambahan kepada keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan lebih banyak bantuan.

Di samping itu, pelajar sekolah pendidikan khas (Sped) yang layak menggunakan perkhidmatan bas sekolah boleh memohon subsidi pengangkutan yang ditadbir oleh SG Enable.

Menurut Cik Gan, subsidi itu dinaikkan mulai 1 Julai 2022 untuk membantu membiayai kos tambang bas sekolah.

Dalam soalan susulannya, Cik Phua bertanya apakah MOE boleh menjalankan kajian dan sokongan tambahan melebihi langkah-langkah sedia ada bagi memahami secara mendalam isu berkaitan supaya Parlimen boleh mereka bentuk bersama beberapa huraian kreatif untuk membantu pelajar dan keluarga mereka.

Menjawab soalan itu, Cik Gan berkata: “Memang kami ingin memastikan pelajar kita yang tiada pilihan selain menaiki bas sekolah mampu membayar tambang bas sekolah.

“Bagi mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan melebihi apa yang terdapat dalam sokongan asas, kami mengalu-alukan mereka mendekati sekolah dan kami sangat bersedia untuk memberi sokongan kepada mereka.

“MOE juga telah berbincang dengan persatuan bas sekolah untuk lebih memahami model operasi mereka, serta cabaran perniagaan mereka,” ujar Cik Gan.

Beliau menambah bahawa langkah-langkah diperkenalkan MOE dalam beberapa bulan kebelakangan ini akan mengambil masa untuk disatukan oleh persatuan bas sekolah dan menjadi stabil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >