Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak dekat kolam air panas Sembawang mungkin diguna jana tenaga geoterma

Tenaga geoterma adalah haba dari perut bumi yang terlalu panas – dianggarkan 2,900 km di bawah permukaan tanah
Jul 18, 2023 | 05:30 PM



Singapura mempunyai sumber tenaga geoterma penting yang berpotensi dimanfaatkan sebagai sumber tenaga bersih, menurut pandangan penyelidik tempatan.

Akhbar The Straits Times pada Selasa melaporkan, kajian penerokaan di tapak berhampiran kolam air panas Sembawang itu mendapati suhu pada 1.1 kilometer (km) di bawah tanah adalah 60 hingga 90 darjah Celsius, cukup untuk merebus telur sementara suhu air di kolam air panas itu adalah antara 40 dengan 70 darjah Celsius.


Ini sudah lebih panas daripada suhu batu yang ditemui pada kedalaman yang sama di banyak kawasan bukan gunung berapi lain, seperti Eropah, Scandinavia dan Korea Selatan, kata Profesor Madya Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Alessandro Romagnoli, yang mengetuai kajian itu.

Pasukan itu terdiri daripada ahli NTU, pusat penyelidikan Tumcreate, dan perundingan prasarana Surbana Jurong. Tumcreate ialah program penyelidikan bersama antara Technische Universität München (TUM) di Jerman dengan NTU.

Pasukan penyelidikan itu menganggarkan suhu boleh meningkat sehingga 200 darjah Celsius pada kedalaman empat hingga lima kilometer, menjadikan tenaga geoterma kemungkinan dapat dimanfaatkan sebagai sumber tenaga bersih, kata Profesor Romagnoli.

Haba antara 30 drngan 60 darjah Celsius boleh digunakan untuk penyahgaraman air dan penternakan ikan, manakala suhu melebihi 90 darjah Celsius boleh digunakan untuk penyejukan daerah.

Suhu lebih tinggi, melebihi 150 darjah Celsius, sesuai untuk penjanaan elektrik dan hidrogen.

Ketua saintis Tumcreate, Dr Tobias Massier, yang mengetuai kajian itu, berkata penyejuk serapan boleh menukar haba kepada udara sejuk, dan kira-kira setiap gigawatt kuasa geoterma boleh menampung kira-kira 12 peratus daripada permintaan penyejukan semasa Singapura.

Sejak Oktober 2021, para penyelidik telah menggerudi bawah tanah di Admiralty Lane sehingga kedalaman 1.1 km, mengumpul sampel batu, dan mengukur suhu pada pelbagai kedalaman.

Tapak ini dan Kolam Air Panas Sembawang berada dalam kawasan geologi yang dikenali sebagai Pluton Granit Simpang, yang mempunyai granit yang mempunyai tahap pengeluaran haba lebih tinggi.

“Ciri unik ini mempunyai kecerunan suhu yang lebih tinggi, digabungkan dengan pengeluaran haba tinggi granit Simpang, menyumbang kepada aliran haba tinggi yang luar biasa di kawasan itu,” kata Profesor Romagnoli.

Kajian terdahulu menunjukkan Singapura mempunyai potensi geoterma di Sembawang dan Pulau Tekong, yang telah diwartakan untuk kegunaan ketenteraan.

Pada Oktober 2021, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata, ia sedang meneroka daya maju menggunakan sistem geoterma di Singapura dan akan mengkaji potensi geoterma di utara dan timur negara ini.

Kawasan tersebut telah dikenal pasti untuk pengukuran suhu permukaan yang lebih tinggi dan kehadiran mata air panas.

Paip yang dipasang di bawah tanah dalam gelung akan mengangkut cecair yang memindahkan haba dari lapisan granit panas ke permukaan, di mana haba boleh digunakan untuk menjana elektrik di loji kuasa.

Bagi memaksimumkan jumlah haba yang diekstrak untuk penjanaan elektrik, pelbagai paip boleh dipasang untuk mencapai kawasan sisi yang lebih luas di bawah tanah, tambah Profesor Romagnoli.

Timbalan Ketua Eksekutif EMA, Encik Ralph Foong berkata: “Penemuan daripada kajian NTU adalah asas yang berguna untuk kami memahami dengan lebih baik potensi tenaga geoterma untuk menjadi sumber utama yang boleh diperbaharui untuk Singapura.

“Jika terbukti berdaya maju, tenaga geoterma boleh menyumbang kepada campuran tenaga yang lebih mampan dan pelbagai. Kami berharap dapat bekerjasama dengan NTU dan pihak berkepentingan lain untuk menilai sepenuhnya potensi geoterma Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >