Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikh siap kerja peningkatan longkang besar Bukit Timah ditunda ke 2026

Sep 20, 2023 | 05:55 PM



Tarikh siap kerja meningkatkan sebahagian longkang besar Bukit Timah sepanjang 900 meter akan ditunda dari 2024 ke 2026.

Ini bagi membolehkan projek itu dijajarkan dengan pembangunan koridor hijau di kawasan sama, bagi mengurangkan gangguan.

Usaha menjajarkan kedua-dua projek itu dapat mengelakkan trafik daripada dilencongkan terlalu lama di Bukit Timah Road, lapor The Straits Times.

Ia juga bagi mengelakkan kesukaran yang dihadapi para penduduk, pemandu dan pemilik perniagaan, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di Parlimen pada Selasa.


Agensi air negara, PUB, telah memulakan kerja peningkatan itu pada 2019 untuk melebar dan memperdalam bahagian longkang besar Bukit Timah dari Rifle Range Road hingga Jalan Kampong Chantek bagi meningkatkan keupayaannya menampung air hujan sebanyak 30 peratus.

Ini akan mengurangkan risiko air melimpah keluar, memandangkan kawasan Bukit Timah cenderung mengalami banjir kilat selepas hujan lebat.

“Sejak pengumuman pelan peningkatan PUB, NParks (Lembaga Taman Negara) telah juga mengesahkan rancangan untuk melaksanakan Koridor Hijau Bukit Timah-Rochor di kawasan sama. PUB kini bekerja rapat dengan NParks untuk menjajarkan kerja pembaikan saliran dengan kerja koridor hijau,” jelas Cik Fu.

“Namun, akibatnya, penyelesaian kerja pembaikan saliran akan ditangguh dari 2024 ke 2026. Kami mohon kesabaran dan persefahaman daripada pihak berkepentingan sepanjang kerja pembinaan ini,” tambahnya.

Cik Fu menjawab soalan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) yang bertanya sama ada kerja pembaikan saliran itu boleh dipercepatkan.

Encik de Souza berkata sejak beberapa tahun lalu, para penduduk prihatin terhadap kesesakan trafik pada waktu sibuk di Bukit Timah Road dan Dunearn Road akibat kerja pembaikan saliran.

Dengan beberapa sekolah berada di kawasan itu, kesesakan trafik menimbulkan masalah kepada para pelajar dan ibu bapa semasa menurunkan pelajar dari kenderaan dan mengambil pelajar apabila selepas waktu sekolah, katanya.

Pada Januari 2022, Encik de Souza telah juga meminta Parlimen memberi perkembangan terkini mengenai kerja peningkatan itu dan anggaran tarikh siap. Pada masa itu, kerja tersebut dijangka selesai menjelang suku pertama 2024.

Dunearn Road sering mengalami banjir kilat, dengan kawasan sepanjang 200 meter berdekatan Sime Darby Centre terjejas dengan banjir pada 20 Julai lalu.

PUB telah melaburkan hampir $2 bilion dalam kerja pembaikan penyaliran sejak sedekad lalu dan lagi $1.4 bilion telah diketepikan untuk menjalankan kerja pembaikan lanjut kepada sistem saliran dari 2021 hingga 2025, kata Cik Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >