Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teater kanak-kanak tonjol kisah lama Geylang Serai

Sep 04, 2023 | 08:18 PM



Sebagai sebahagian daripada projek Jalur Budaya Geylang Serai untuk meraikan sejarah, budaya dan warisan masyarakat Melayu, sebuah teater kanak-kanak interaktif telah diadakan di Wisma Geylang Serai pada malam Sabtu.

Bertajuk ‘Kampong Dreams’, teater yang dipersembahkan dalam bahasa Inggeris itu mengisahkan tentang daya tahan, persahabatan, dan perjalanan memburu cita-cita di Kampung Tampoi, yang terletak di Geylang Serai dahulu.

Ia mengisahkan sekumpulan rakan, Ali, Rafeah, Hamida, Khalid and Fatimah menangani cabaran dan detik manis membesar di sana, sambil disokong keluarga mereka dan Nenek Peah.

Menerusi pendidikan dan ikatan kukuh mereka, kumpulan ini berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi dan mendakap bakat masing-masing sedang mereka meningkat dewasa.

Teater itu merupakan hasil kerjasama WGS dan A’arts Theatre Repertoire.

Pengurus Pembangunan Kawasan Pemprograman Bersepadu, Cik Syafiqah Jawalistan berkata pementasan ini menonjolkan kisah lampau sekolah lama yang wujud di Kampong Tampoi dalam kawasan Geylang Serai.

“Ini merupakan muzikal ketiga yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan merupakan yang pertama bersama kanak-kanak kecil. Ia sentiasa memberikan pengalaman pembelajaran, dan kami harap dapat perbaikinya dari masa ke semasa dan menawarkan penduduk estet kejiranan, persembahan seni bermutu dengan hiburan yang diisi pendidikan dan maklumat,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >