Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teh Haroon Bin Ali bertukar tangan selepas berdekad

Oct 27, 2023 | 06:28 PM



KEHARUMAN bau teh yang sedang dibancuh menyelubungi rumah mereka, ‘menyambut’ tetamu sebelum tuan rumah sendiri tiba di pintu untuk menjemput kami masuk.

Bau teh ini biasanya membawa ketenangan bagi mereka yang menghidunya.







Namun bagi Encik Abdul Razak Sibli, 82 tahun, keharuman daun teh yang direbus itu membawa bersamanya seribu kenangan manis dan nostalgia setiap kali dihidu.

Apakan tidak, boleh dikatakan beliau membesar ‘dikelilingi’ daun dan serbuk teh.




File



Encik Abdul Razak merupakan cucu kepada pengasas produk teh yang dinamakan sempena nama datuknya sendiri, Haroon Bin Ali, yang juga dikenali sebagai teh cap pokok kelapa.

Produk teh jenama tersebut, yang dikenali dengan bungkusan merah berserta cap pokok kelapa, mula dijual sejak 1918 oleh datuk Encik Abdul Razak, yang berasal dari Gogha, India.

Jenama yang pada masa itu semakin popular terus diperjuangkan bapanya, Encik Mohd Sibli Haroon, sekitar 1950-an sebelum Encik Abdul Razak mengambil alih pada 1995.







Menurut Encik Abdul Razak, pada masa itu ia merupakan satu-satunya jenama produk teh yang diusahakan orang Islam di Singapura.

“Saya ingat lagi semasa kecil, pernah melihat datuk mengayuh basikal menjual serbuk teh kepada kedai-kedai ‘teh sarbat’.

“Semasa bapa saya ambil alih pun memang sering ke kedai untuk bantu,” katanya sambil menunjukkan gambar kedai Haroon Bin Ali yang terletak di No. 29 Haji Lane.

Dari kedai kecil di Haji Lane perniagaan teh itu - dengan tumpuan terhadap produk serbuk dan uncang teh Ceylon- menebar sayapnya secara meluas tahun demi tahun.

Encik Abdul Razak yang mengambil alih perniagaan tersebut selepas bapanya meninggal dunia, telah berusaha untuk menaikkan jenama Haroon Bin Ali dengan bantuan isterinya, Cik Shaeeda Ismail Musa Arif, kini 73 tahun, dan juga adik-beradik Encik Abdul Razak.

Mereka telah membawa produk teh Haroon Bin Ali ke rak-rak pasar raya besar seperti Mustafa Centre, Sheng Siong, dan juga Mydin di Malaysia.

“Antara keunikan serbuk teh kita ini adalah serbuk yang dihasilkan daripada daun-daun teh Ceylon terpilih ini tidak dicampur dengan serbuk teh lain, ini kita jaga demi mutu serbuk teh.

“Cara bungkus juga kita buat dengan teliti supaya serbuk dan perisanya dipelihara dengan baik,” kata Encik Abdul Razak.

Meskipun kini produk tersebut tidak lagi ditawarkan di Mydin, ia masih boleh didapatkan di pasar raya dan kedai-kedai runcit tertentu di Singapura.







Meskipun dedikasi serta cinta terhadap perniagaan itu masih terpahat di hati, Encik Abdul Razak dan Cik Shaeeda terpaksa reda melepaskan perniagaan tersebut pada 2021 selepas mengusahakannya selama hampir tiga dekad.

Encik Abdul Razak, yang menghidap penyakit Parkinson’s sejak 18 tahun lalu, kini tidak lagi dapat bergerak tanpa bantuan dan juga kadangkala menghadapi kesukaran bertutur.

Cik Shaeeda juga mengalami beberapa masalah kesihatan terutama sekali selepas menjalani pembedahan pinggang beberapa tahun lalu.

Keputusan untuk melepaskan perniagaan tersebut bukan sesuatu yang mudah, kata Cik Shaeeda.

“Sedih memang sedih, beliau (Encik Abdul Razak) sampai rasa susah nak tidur pada masa itu fikirkan perkara tersebut. Apakan tidak, bila fikir tentang perniagaannya teringat datuk dan juga bapanya, kerana ia juga amanah daripada mereka,” tambah Cik Shaeeda sambil memandang wajah suaminya.

Namun beliau akui ini keputusan yang perlu diambil bagi meneruskan legasi Haroon Bin Ali.

Perniagaan tersebut kini diteruskan oleh pemilik baru terdiri daripada tiga rakan kongsi perniagaan yang berdedikasi yang telah melahirkan keinginan mereka jenama tersebut lebih jauh, menurut Encik Abdul Razak.

Tambahnya: “Harapan kami adalah supaya mereka dapat mengekalkan dan terus menjayakan lagi jenama Haroon Bin Ali ini, ini sudah cukup untuk buat kita gembira,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >