Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan solat Aidiladha perlu bagi sesi pertama di 5 masjid

Jun 19, 2023 | 07:06 PM



Solat Hari Raya Aidiladha akan diadakan di 68 masjid pada 29 Jun dengan setiap masjid menawarkan sehingga tiga sesi.

Bagaimanapun, anggota jemaah perlu membuat tempahan awal bagi sesi pertama di lima masjid.

Tempahan awal untuk lima masjid bagi sesi pertama pada 7.20 pagi itu akan dibuka mulai 10 pagi Selasa.

Kelima-lima masjid tersebut adalah Darul Ghufran di Tampines Avenue 5; Al-Mawaddah di Compassvale Bow; Sallim Mattar di Mattar Rd; Wak Tanjong di Paya Lebar Road dan ruang solat sementara yang dikendalikan Masjid Darul Makmur di bekas tapak Sekolah Menengah North View di Yishun.

Dalam satu hantaran Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kelima-lima masjid meminta agar anggota jemaah membuat tempahan awal.

Ini bagi membolehkan sukarelawan dikerahkan secukupnya bagi mengurus orang ramai dari subuh sehingga ke sesi seterusnya.







Bagaimanapun tiada tempahan diperlukan bagi masjid-masjid lain bagi sesi-sesinya.

Sesi pertama adalah pada 7.20 pagi; kedua pada 8.45 pagi; dan sesi ketiga 9.45 pagi.

Anggota jemaah boleh membuat tempahan awal menerusi laman https://prayerbooking.ourmasjid.sg/.


Di samping itu, mereka juga mempunyai pilihan untuk mengunjungi 24 tempat tambahan yang ditawarkan oleh pihak kariah.

Tempat-tempat tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >