Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ten Hag: Man U akan bersatu lepas kalah pada Galatasaray

Pengurus bela Andre Onana ‘boleh jadi penjaga gol terbaik di dunia’ lepas kesilapannya buat United tewas 3-2
Oct 04, 2023 | 06:49 PM



LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, tidak bimbang kehilangan pekerjaan selepas permulaan buruk pasukannya musim ini, yang berpanjangan dengan kekalahan di tempat sendiri kepada Galatasaray dalam perlawanan Liga Juara-Juara.


United mendahului 2-1 tetapi tewas 3-2 di Old Trafford, yang dibasahi hujan, sekali gus mengalami permulaan terburuk mereka dalam satu musim sejak 1986.

Mereka tewas enam daripada 10 perlawanan pembukaan buat kali pertama dalam 37 tahun dan peluang mereka untuk mara daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kelihatan meragukan walaupun baru selepas dua perlawanan.

Tetapi ten Hag, yang mengatakan “tiada alasan” bagi prestasi buruk pasukan beliau, selepas itu menegaskan bahawa semua orang di kelab itu sedang bergerak ke arah yang sama.

Ditanya apakah beliau bimbang akan kehilangan pekerjaannya, pengurus dari Belanda itu berkata: “Musim lalu: cemerlang, hebat, lebih daripada yang kami jangka.

“Kami juga tahu dalam projek ini akan ada jurang biasa. Pada masa ini kami berada dalam tempoh yang sangat sukar seperti yang semua orang boleh lihat, tetapi kami keluar bersama, kami berjuang bersama, kami berpegang teguh dan kami tetap bersatu. Iaitu saya, pengarah, pasukan, semua bersama-bersama akan berjuang.

“Ini bukan kami, kami tahu kami perlu melakukan lebih baik, kami akan kembali secara bersatu.

“Jika saya memberi penjelasan, anda akan melihatnya sebagai memberi alasan, tidak ada alasan. Kami tidak boleh melakukan kesilapan yang kami lakukan sekarang. Kami perlu melakukan lebih baik, ia adalah fakta yang mudah, kami perlu memenangi perlawanan kami.”

Kemenangan berada dalam tangan United selepas dua gol oleh Rasmus Hojlund, masing-masing sebelum dan selepas bekas pemain sayap United, Wilfried Zaha, menjaringkan gol bagi Galatasaray, meletak mereka di landasan menuju kemenangan yang amat diperlukan.

Tetapi Kerem Akturkoglu menyamakan kedudukan dan kemudian kesilapan menyedihkan oleh penjaga gawang Andre Onana meletak mereka di landasan kemusnahan apabila hantaran buruknya menyebabkan Casemiro mengasari Dries Mertens dalam kotak penalti dan pemain Brazil itu dibuang padang.

Mauro Icardi gagal memanfaatkan sepakan penalti, tetapi menebus kesalahan itu tiga minit kemudian apabila beliau menjaringkan gol kemenangan dan memastikan kemenangan pertama di bumi Inggeris bagi pasukan Turkey itu.

Onana juga membuat kesilapan mahal dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Bayern Munich dua minggu lalu, tetapi ten Hag, yang mengurusnya di Ajax, menyokong pemain Cameroon itu untuk bermain dengan baik.

“Kami gembira dengan kumpulan penjaga gol kami, pastinya dengan Andre,” kata ten Hag.

“Beliau bermain dalam salah satu perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara, tahun lepas beliau bermain dalam final Liga Juara-Juara, beliau berupaya menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.

“Beliau telah menunjukkan itu dan beliau akan melakukannya. Kami sudah melihat semasa perlawanan kemampuannya yang hebat, juga personalitinya selepas beliau melakukan kesilapan.

“Beliau akan bangkit dan saya pasti beliau akan melakukannya juga dalam perlawanan akan datang.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >